Because I'm A Psycopath Mother

Assalamualaikum..

  Selamat berhujung minggu semua. Buat apa hujung2 minggu ni? Rasa ramai yang ambil kesempatan ni untuk meluangkan masa bersama keluarga dan anak-anak kan? Termasuklah saya juga. Masa ni lah pun boleh spend masa dengan anak.

  Okay, bercakap pasal anak ni kan, rasa memang ada diantara kita yang memang terlalu obses dengan anak kita. We are being to protected pada anak sampai setiap apa yang anak kita buat pun, kalau boleh kita nak buatkan sendiri. Saya antara ibu yang bersikap begitu. Saya boleh katakan yang saya ni a psycopath mother..hehehe..



  Siapa antara pembaca diluar sana, yang merenung anak ketika anak tidur?? Saya suka sangat buat macam ni. Setiap hari saya akan tenung anak saya tidur. Dan dalam hari2 tersebut, saya bayangkan bagaimana jika anak saya sudah tiada. Bagaimana kalau Amna sudah tiada roh lagi didalam jasadnya? Kalau tanya ibu-ibu lain, memang ada yang tak sanggup nak bayangkan pun kan kalau anak dah takde, tapi setiap hari saya akan terfikir benda ni.

  Pelik kan? Tapi ni lah terapi saya untuk saya hargai anak saya. Mungkin setiap kita mempunyai cara yang berbeza untuk menunjukkan penghargaan kita kepada anak kita. This is my way, and I am happy with this walaupun pelik for my opinion.

  Bila balik kerja, penat, panas, kadang-kadang hal kerja kat pejabat terbawa2 ke rumah. Itu belum lagi bila penat dari workout..kadang tu, nak ada ME TIME sendiri. Balik kerja ambil anak dari rumah pengasuh. Bila anak nampak saya, terpancar senyuman kebahagiaan bila nampak ummi ambil dia dari rumah pengasuh. Sampai rumah, anak mula la minta perhatian, belum sempat pun melabuhkan punggung nak rehat, anak mula minta dukung la, minta teman buat homework la, kacau saya buat kerja kat dapur la dan macam-macam laa..


  Keadaan macam ni kadang-kadang buat saya bertukar hijau kan..hahha. Jadi mulalah keadaan TERmarah, TERmengeluh, TERjerit dan macam-macam TER lagi lah..anda yang jadi mak mesti faham jenis2 TER tu kan..heheh

  Then bila anak dah tidur, saya pun dah siap semua kerja rumah, masa ni lah saya akan ambil masa untuk muhasabah diri sendiri. Saya sentiasa bayangkan bagaimana rasanya jika Allah ambil balik anak saya dalam keadaan saya tengah marah dia ataupun saya tengah merungut pasal dia. Bayangkan kalau saya TERcakap benda tak baik pasal dia. Tak dapat bayangkan macamana keadaan tu kan? Bila saya terfikir benda ni, tiap kali bila saya nak marah, saya mesti ingat yang hak Allah ini boleh ditarik balik anytime, anywhere. Allahuakhbar..tak boleh bayangkan..

  Keadaan ini mengajar saya dan mengingatkan saya yang mana segala yang ada ni bukan hak milik saya walau seinci pun. Anak saya pun bukan milik saya. No matter how much i love her, dia hanyalah pinjaman Allah kepada saya. Infact, my body was never mine. Semua milik Allah.

  So bear in mind, even if you are too tired or too mad at your children, please, please, please be patient. Tak mudah kan nak sabar, tapi cuba, cuba, cuba dan cuba. Allah pinjamkan sesuatu tu tak lama pun. Sekejap sangat. Sabar la sikit. Time nak anak, kita beria minta dengan Allah kan, takkan bila Allah duga sikit, kita tak boleh sabar.

  Bayangkan, bila Allah ambil balik, memang rumah kita akan kemas, badan pun kurang letih, perbelanjaan makin kecil, tapi HATI akan kosong, rumah akan sunyi dan masa tu penyesalan datang jadi peneman diri.  Sanggup ke kita hadapi benda tu?? Nak bayangkan pun tak sanggup, nak menghadapi macamna pula kan??


 Tetiba sebak pula menaip entri ni. Okaylah, sampai sini je..nak pergi peluk anak puas-puas sampai anak rimas. Yang tengah bekerja, balik rumah nanti, terus peluk anak okay? Bagi yang dah lama berkahwin tetapi belum dikurniakan cahaya mata, sabar..Allah ada perancangan yang terbaik untuk anda. Bersangka baik ye..

Salam Sayang








**  These statement has not been evaluated by Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose, treat, prevent or cure any disease. 




Untuk pembelian produk, anda boleh hubungi saya seperti berikut: 
 Call / Whatsapp : 019 393 7880 
Email: nurraihanah20@gmail.com 
Follow Fb : NurFatin Raihanah Emelie Rosales 
Klik Like di FanPage saya: Live a Healthy Life (Cahayahatiumi) 
Follow IG: Nurfatinrosales

0 comments:

Post a Comment