Saya Jadi Pelupa Selepas Bersalin!!

Assalamualaikum..

  Saya tak pasti berapa ramai ibu-ibu diluar sana yang mengalami keadaan seperti saya, menjadi semakin pelupa terutama sekali selepas bersalin. Selepas bersalin anak saya melalui pembedahan 4 tahun lepas, saya perasan yang saya kerap lupa dengan simple-simple things contohnya mudah lupa dimana saya letakkan barang-barang saya.



  Pada peringkat permulaan, keadaan ni sebenarnya agak merisaukan saya, yelah, takut pula kan jika hal ini berlarutan, tak pasal-pasal benda-benda penting dalam hidup pun saya lupa. Namun, menurut DailyMail UK, simptom 'lupa dikalangan wanita selepas bersalin ini adalah normal.

  Kajian mendapati simptom lupa ini dikaitkan dengan keletihan yang berpanjangan dari saat kehamilan sampai la bersalin. Selain itu, faktor lupa ni disebabkan oleh perubahan hormon dalam tubuh dan juga dengan tekanan menjaga anak yang baru lahir

  Pada peringkat kehamilan, paras hormon estrogen dalam badan adalah tinggi. Selepas kelahiran bayi, hormon estrogen akan menurun séhingga hampir tiada. Hormon estrogen sebenarnya bertindak sebagai neurotransmitter yang menghantar isyarat yang diterima ke otak. Jadi bila hormon semakin menurun, daya ingatan juga menjadi kurang, dan ini menyebabkan kita sentiasa lupa tentang perkara-perkara kecil.

  Saya perasan, bila saya terlalu penat atau kurang tidur, memang saya cepat lupa dengan apa yang saya ingin buat. Kebanyakan wanita akan mengalami keadaan dimana mereka akan kurang tidur ketika diawal kelahiran bayi mereka. Saya sendiri pernah hanya tidur selama 4jam saja dalam tempoh 2 hari kerana masih trauma dengan kesakitan pembedahan dan juga tekanan menjaga anak.


Bolehkan sikap pelupa ini hilang??

  Sebenarnya belum ada kajian yang menyatakan bahawa sikap pelupa ini akan hilang. Namun, kita boleh mengambil ikhtiar bagaimana mengelakkan sikap pelupa ini berlarutan. Antaranya:

  • meletakkan peringatan (reminder) pada temujandi dan acara-acara dengan menggunakan aplikasi di telefon bimbit anda
  • Simpan kalendar harian tentang perkara yang ingin anda lakukan di tempat yang mudah dilihat dirumah anda
  • Letakkan benda-benda yang anda sering gunakan seperti kunci ditempat yang sama
  • Buat senarai semak apa yang anda perlu buat dan potong setelah dibuat
  • Pengambilan suplemen seperti Omega dan Lecithin juga mampu membantu meningkatkan daya ingatan





  Jadi ibu-ibu diluar sana yang cepat jadi pelupa selepas bersalin, jangan risau ye..ni normal. Jika perlu bantuan, boleh minta support dari suami atau anak-anak jika anda lupa tentang sesuatu perkara. Atau anda boleh buat cadangan diatas bagi mengurangkan masalah lupa anda :)


Salam Sayang








**  These statement has not been evaluated by Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose, treat, prevent or cure any disease. 



Untuk pembelian produk, anda boleh hubungi saya seperti berikut:
Call / Whatsapp : 019 393 7880
Email: nurraihanah20@gmail.com
Klik Like di FanPage saya: Live a Healthy Life (Cahayahatiumi)
Follow IG: Nurfatinrosales



0 comments:

Post a Comment