Ostematrix Shaklee - Melegakan Sakit Pinggang

Assalamualaikum..



  Sejak dua menjak ni, kerap sangat sakit pinggang. Faktor usia agaknya maklumlah dah menjangkau usia 38 tahun ni memang macam-macam sakit boleh dapat. Pantang kerja berat sikit, atau angkat benda yang berat sikit, mula la sakit pinggang, sakit belakang..

  Tambah-tambah lagi bila saya masih bergiat aktif dengan zumba dan juga latihan kecergasan (personal training), memang rasa sakit-sakit pinggang dan otot tu sangat common dan sering berlaku. Kadang kala sampai nak bangun pagi the next day pun tak larat dek kerana menahan sakit pinggang.

  Tapi saya perasan bila mana saya konsisten ambil Ostematrix Shaklee, nampak sangat perubahan pada sakit-sakit pinggang ni. Bukan lah bererti tak sakit langsung, tapi nampak la kurang rasa sakit pinggang tu berbanding sebelumnya. Takde lah kan kita jalan pun jadi tak betul kerana menahan sakit.

  Ramai juga dikalangan customer saya yang bersetuju dengan pengambilan Ostematrix ni dapat melegakan sakit pinggang. Sebenarnya bukan setakat sakit pinggang, malah Ostematrix ni sangat membantu mereka yang kerap mengalami kekejangan otot terutamanya para ahli sukan mahupun ibu mengandung.

  Perlu ke ambil Ostematrix ni walaupun kita tiada simptom sakit-sakit badan? Perlu sebenarnya terutama sekali wanita. Badan kita ni tak dapat menghasilkan sumber kalsium sendiri, jadi perlu untuk kita top up kalsium dalam badan. Tak kisahlah sama ada kita ingin mengambil sumber kalsium tersebut dari pemakanan harian kita atau pun dari susu yang kita minum, asalkan kita ambil sumber kalsium setiap hari.

  Untuk saya pula, saya lebih senang telan 4 biji Ostematrix setiap malam sebab saya memang kategori kurang rajin untuk bancuh2 susu nak minum ni. 4 biji Ostematrix sudah cukup membuatkan saya tidur lena, saya senang membuang pada keesokkan harinya dan juga melegakan sakit dan lenguh-lenguh badan.

  Kalau kerap sakit badan, lenguh-lenguh badan, asyik cramp..cuba telan 4 biji Ostematrix setiap malam. Anda memang nampak perbezaannya..






Salam Sayang








**  These statement has not been evaluated by Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose, treat, prevent or cure any disease. 

0 comments:

Post a Comment