Kenapa Saya Asyik Nak Makan Je????

Assalamualaikum..

  Baru semalam saya whatsapp customer saya, nak follow up balik bagaimana keadaan dia setelah makan vitamin selama seminggu. Customer ni dia ambil Alfalfa dan juga Lecithin sebab nak turunkan berat badan selepas bersalin.

  Menurut customer ni, sejak mengamalkan kedua-dua suplemen ni, dia rasa asyik nak makan je? Dia dah risau takut gara-gara suplemen ni lah yang buatkan dia rasa nak makan je. So, saya pun whatsapp customer tu semua dan selidik cara pemakanan dan juga rutin makan beliau seharian.

  Sebenarnya memang ada kes bila customer mula makan suplemen, perut mudah cepat lapar. Bukan suplemen tu tau yang menyebabkan rasa nak makan je. Disini saya berikan beberapa sebab kenapa kita sentiasa rasa nak makan je.

Punca 1 : Tidak mengambil sarapan pagi
Sarapan adalah menu yang paling penting dalam pemakanan harian. Kalau anda jenis yang suka skip sarapan, baik hentikan perbuatan tersebut. Penting sarapan ni sebab sarapan membekalkan gula kepada kita sebagai tenaga harian kita. Seelok-eloknya ambil sarapan yang berunsurkan protien ataupun bijirin yang sihat.



Punca 2: Anda kekurangan air
Saya perasan, bila saya kurang minum air, saya memang cepat sangat lapar. Pernah tak anda dah habis makan, tetapi tetap rasa lapar? Cuba periksa water intake anda? Cukup tak? Berapa gelas anda minum dalam tempoh 1 jam? Simptom kekurangan air hampir sama dengan simptom kelaparan, anda akan berasa lemah dan tidak bertenaga. Apa kata cuba minum air kosong setiap kali selepas makan dan anda akan lebih cepat berasa kenyang

Punca 3: Makanan empty calories
Tau tak apa kah dia makanan yang dikategorikan sebagai empty calories?? Empty calories adalah makanan yang mempunyai kalori yang tinggi tapi sebenarnya tidak mengandungi kurang zat dan nutrien untuk kesihatan.

 
Contohnya makanan manis seperti makanan segera dan air berkarbonat. Semua ni dikategorikan sebagai makanan empty calories. Makanan seperti ini sebenarnya membahayakan kesihatan kita.


Punca 4: Tak cukup tidur
Percaya atau tidak, tidur yang tidak cukup akan membuatkan kita lebih cepat lapar pada keesokkan paginya. Perkara ini sering berlaku kepada saya. Apa kena mengena tidur yang cukup dengan perasaan asyik nak makan saja?


Tidur yang cukup membekalkan tenaga seharian kepada kita. Jika tidur tak cukup, badan kita akan cenderung untuk merasa lapar dan letih. Jadi kita akan lebih kerap hendak makan. So kena cukup tidur ya :)


Punca 5: Tidak makanan yang cukup lemak dan protien
Bila masa kita merasa ingin mengunyah atau pun lapar, cuba elakkan daripada makan snek yang tidak sihat terutamanya yang mengandungi kandungan msg yang tinggi. Sebaliknya ambil makanan yang mempunyai sumber lemak yang cukup ataupun makanan atau minuman berprotien yang menyenyangkan. Pilihan ini lebih sihat kan berbanding dengan snek-snek yang merepek

Punca 6: Anda sebenarnya rasa bosan
Agak kelakar pula bila kita kaitan kan rasa bosan dengan perasaan asyik nak makan je kan? Tapi sebenarnya betul tau..pengalaman saya sendiri bila saya bosan dan tak tau nak buat apa, saya akan cenderung mencari makanan untuk dikunyah.


Keadaan ini sebenarnya bahaya, kerana tanpa kita sedar, kita telah mengambil makanan yang kurang sihat ataupun mempunyai kalori yang tinggi

Punca 7: Anda mungkin mengalami masalah kesihatan
Punca yang ni agak bahaya juga. Kalau dah asyik lapar dan asyik mengunyah je, kemungkinan anda mempunyai masalah kesihatan seperti diabetes. Jadi bila anda rasa anda mempunyai masalah asyik nak makan je, tak salah pun buat pemeriksaan kesihatan kan? Mana la tau kita dapat elakkan penyakit yang ada dengan lebih awal?

  Tengok punca-punca diatas tu? Ada tak antara anda diluar sana yang mengalami punca yang saya share diatas. Berbalik pada customer saya tadi, punyanya adalah kerana kurang minum air dan tidak cukup tidur. Kadang sarapan pun skip. Jadi, jangan salahkan suplemen ye kalau anda cepat lapar? :)



Salam Sayang








**  These statement has not been evaluated by Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose, treat, prevent or cure any disease. 

0 comments:

Post a Comment