Jaga Makan Atau Jaga Senaman???

Assalamualaikum..

  Dah lama juga tak berkongsi cerita mengenai My Weight Loss Journey. Semenjak tak join program Jom Sihat 5 dan Jom Sihat 6, memang agak sukar juga nak maintainkan berat badan setelah bertungkus lumus menurunkannya. Patutlah orang kata kan, nak turunkan berat ambil masa berbulan-bulan lamanya, tapi nak naik, seminggu je pun boleh naik berkilo-kilo.



  Sebenarnya nak maintain berat badan ideal ni tips dia simple je. Jaga pemakanan dan amalkan senaman. Infact kalau pergi mana-mana pusat perlansingan pun, mereka akan advice kita untuk jaga pemakanan kita dengan betul dan mengamalkan sedikit senaman. Pergilah ke pusat perlansingan manapun, tapi kalau kita tak kawal kedua-dua perkara ni, sekejap je berat badan pasti naik.

  Jaga makan atau jaga senaman?? Yang mana satu sebenarnya yang lebih berkesan dalam menurunkan berat badan atau nak maintain body weight. Konsepnya mudah sebenarnya, 70% food, 20% exercise, 10% supplement. Nampak tak percentage kat situ pun da menunjukkan bahawa makanan adalah perkara terpenting dalam mengawal berat badan.

  Of course orang kata, pandai makan, pandai la burn..tapi berapa banyak sebenarnya kalori yang telah kita ambil, dan berapa banyak pula kalori kita dah bakar? Sama tak jumlahnya?? Kalau apa yang kita makan tu masih lebih dari apa yang kita bakar, macamana pula nak turunkan berat badan kan? Remember, nak turun 1kg, it takes 7700kalori yang perlu dibakar, samada melalui diet ataupun senaman

  Saya ni kategori memang suka makan. Tambah lagi saya jenis sweet tooth. Lepas every meal, saya sentiasa nak mengunyah benda yang manis. Sebab benda-benda manis ni lah, pernah sampai satu tahap, saya naik sebanyak 4kg dalam tempoh 1bulan. Just imagine kan, nak turun 13kg ambil masa 3-4bulan, nak naik 4kg tu sebulan saja pun dah cukup. Sedih betul!! Nak salahkan siapa?? Salahkan diri sendiri la kan..

2 kali seminggu untuk zumba

  Sebab tu dalam nak maintain berat badan ataupun nak turunkan berat badan, penting untuk kita jaga pemakanan. Bukannya tak boleh makan..just control the portion juga. Sesekali tak salah nak cheat meal..but make sure cheat meal tersebut dibakar dengan senaman. Tak dapat burn 100% meal yang kita makan pun takpe, at least kita burn 60% - 80% pun dah cukup.

Personal Training 2 kali seminggu 

  Eat right, eat clean sangat penting dalam penjagaan pemakanan. Satu faktor kenapa berat saya naik adalah kerana saya jarang eat clean. Saya merupakan pencinta teh tarik. Teh tarik merupakan benda yang wajib untuk saya SETIAP HARI. Can you imagine, teh tarik everyday, dah berapa kalori ada kat situ, dengan manis gula dan susu pekatnya lagi..sungguhlah teh tarik ni lah yang menyumbang kepada kenaikan berat badan saya.


Salmon Grill Salad 


Spegeti dengan grill meat 

Wrap 
Kerabu
  Saya bayangkan kalau saya tak bersenam langsung, berat saya boleh naik mendadak-dadak. I wont be suprised kalau saya boleh naik 10kg dalam masa 2bulan jika saya tak control makan dan bersenam. Alhamdulillah sebab saya masih mempunyai semangat untuk bersenam. Masih berminat untuk mengikuti aktiviti zumba, tabata, malah kini dalam program Personal Training. Sekurang-kurangnya, badan saya tak la menternak lemak saja kan..ada juga lah lemak yang menangis sebab dibakar.

Gym sekali sebulan

Jogging 3 kali seminggu

  Kesimpulannya, nak maintain berat ni or nak turun berat, perkara penting yang kita perlu jaga adalah PEMAKANAN. Makan tak jaga, walau kita bersenam macamana pun, kita sukar untuk maintain berat badan kita. Bukan tak boleh maintan, sukar nak maintain. So kalau anda rasa anda da bersusah payah untuk menurunkan berat badan, jadi setiap kali makan menu cheatmeal, fikir balik apa yang anda korbankan untuk mendapatkan berat ideal anda.

  Berbaloi tak bersusah payah berbulan-bulan nak turun berat, hanya kerana tak berupaya mengawal nafsu cheatmeal, berat anda naik dalam tempoh tak kurang sebulan. Tak berbaloi langsung kan Sebab tulah orang kata, dalam proses penurunan berat badan ni, hati kena kental, Semangat kena kuat dan tahan godaan makanan.

  Saya sangat salute pada mereka yang boleh say NO to cheatmeal dan dapat maintain berat badan mereka. Hopefully saya pun akan jadi seperti mereka. Untuk masa sekarang, saya masih lagi berusaha untuk disiplin pada pemakanan, dan pada masa yang sama kekal aktif dengan macam-macam jenis senaman yang boleh mengeluarkan peluh.

  Moga-moga saya kekal istiqamah dan dapat mengekalkan berat badan idaman saya. InsyaAllah :)


Salam Sayang








**  These statement has not been evaluated by Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose, treat, prevent or cure any disease. 



Untuk pembelian produk, anda boleh hubungi saya seperti berikut:
Call / Whatsapp : 019 393 7880
Email: nurraihanah20@gmail.com
Klik Like di FanPage saya: Live a Healthy Life (Cahayahatiumi)
Follow IG: Nurfatinrosales


0 comments:

Post a Comment