Bilakah Waktu Yang Sesuai Lakukan Ujian Kehamilan Dengan Urine Pregnancy Test (UPT)

Assalamualaikum..

  Bagi wanita yang berusaha untuk hamil (TTC - Trying To Conviece) saat menguji kehamilan dengan UPT adalah saat yang sangat mendebarkan. Saya teringat pengalaman saya sendiri sewaktu menjalankan ujian UPT, bila nampak 2 line merah pada UPT, hati bukan main seronok lagi.

Bagaimana sebenarnya UPT berfungsi?

  Pernah terfikir tak, bagaimana sebenarnya UPT berfungsi dalam detect kehamilan? Kalau anda perasan pada stik UPT tu ada tertulis hCG. HCG merupakan hormon kehamilan yang dikeluarkan oleh uri bayi setelah persenyawaan berlaku dan apabila janin mula melekat pada dinding rahim.

  Kebiasaannya apabila persenyawaan itu berjaya, kandungan hormon hCG dalam tubuh akan semakin tinggi dan pekat. Sebab itulah apabila kita menguji air kencing pada UPT, keputusan akan menunjukkan 2 garisan merah menandakan kita hamil.

Bilakah waktu sesuai menguji kehamilan

  Rata-rata wanita yang menjalankan ujian kehamilan dengan UPT ini akan menguji setelah haid mereka datang lewat sekurang-kurangnya 1-2 minggu pada waktu pagi on our first urine. Maksudnya pagi-pagi bila anda terasa hendak buang air kecil, sampel air kencing tersebut adalah sampel yang paling tepat untuk anda menguji UPT. Namun sebenarnya ini bergantung juga kepada paras hormon hCG pada wanita tersebut.

  Ketika saya hamil anak saya Amna, saya saja nak cuba test UPT walaupun haid saya masa tu belum lagi lewat. Tak sangka pula bila test tu, keputusan UPT menunjukkan 2 garisan yang menunjukkan saya hamil. Even bila saya merujuk kepada doktor gynea, doktor sendiri tak percaya yang saya hamil kerana tarikh haid saya belum lagi overdue.

  Keadaan ini mungkin boleh berlaku pada sesetengah wanita kerana paras hormon hCG dalam badan tinggi dan walaupun kitaran haid belum lagi overdue, keputusan UPT tetap menunjukkan keputusan yang positif. Namun digalakkan untuk menjalani ujian UPT ni selepas 1 - 2 minggu kita lewat datang haid untuk mendapatkan keputusan yang lebih tepat.

Cara membaca keputusan UPT

  Mungkin dikalangan wanita yang pernah hamil, dah agak familiar macamana hendak baca keputusan UPT. Bagi mereka yang baru pertama kali cuba menguji kehamilan, ini adalah contoh bacaan keputusan UPT.

  Kebanyakan UPT akan ada 2 tingkap. Satu tingkap C (Control) untuk menunjukkan samada keputusan itu dibuat dengan betul atau tidak, manakala satu lagi tingkap T (Test) bagi melihat samada keputusan positif ataupun negatif.



  Jika ada 2 garisan keluar, ini menunjukkan anda hamil, manakala jika hanya satu garisan saja yang keluar, ini menunjukkan anda tidak hamil.

  Namun ada juga situasi dimana keputusan UPT agak pudar, dan menyebabkan keadaan was-was samada keputusan tersebut positif atau negatif. Situasi ini berlaku apabila hormon hCG dalam badan masih kurang. Sebaiknya lakukan ujian UPT sekali lagi selepas seminggu ataupun boleh membuat scan dari klinik kesihatan bagi memastikan samada anda hamil atau tak

  Bagi pasangan yang telah merancang untuk menimang cahaya mata, keputusan 'double line" ini adalah momen yang dinanti-nantikan. Namun, jika anda telah berusaha secara semulajadi untuk hamil tetapi belum sampai rezeki, anda boleh berikhtiar untuk mengambil suplemen untuk meningkatkan peluang kehamilan dan meningkatkan tahap kesuburan anda.


  Setiap orang keperluan untuk meningkatkan potensi kehamilan itu berbeza-beza, jadi mungkin suplemen juga berbeza-beza. Jika anda inginkan cadangan suplemen yang sesuai bagi meningkatkan potensi kehamilan dan kesuburan anda, boleh hubungi saya terus untuk konsultasi produk ya :)



Salam Sayang








**  These statement has not been evaluated by Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose, treat, prevent or cure any disease. 



Untuk pembelian produk, anda boleh hubungi saya seperti berikut:
Call / Whatsapp : 019 393 7880
Email: nurraihanah20@gmail.com
Klik Like di FanPage saya: Live a Healthy Life (Cahayahatiumi)
Follow IG: Nurfatinrosales

0 comments:

Post a Comment