Bengkel Cara Mudah Buat Duit Dengan Shaklee

Assalamualaikum..

  Pada 1hb Oktober yang lepas, bertempat di Setia Alam, Shah Alam, saya berpeluang untuk mengikut Bengkel Cara Mudah Buat Duit Dengan Shaklee anjuran Genki - Enermax.



  Sebenarnya agak lama juga saya tak mengikuti seminar anjuran Enermax naungan upline saya Master Farah Alias. Kebetulan bila tengok tajuk bengkel kali ini agak menarik, saya sanggup datang ke Setia Alam dari Taiping untuk menghadiri bengkel ini, dan hasilnya sangat berbaloi.



  Bengkel yang dikendalikan oleh 4 orang Master Shaklee ini merupakan 'eye opener' pada saya betapa mudahnya menjana pendapatan dengan Shaklee. Kalau sebelum-sebelum ni, saya sentiasa terfikir, untuk mendapat bonus yang banyak, perlulah sales yang banyak atau dalam pengiraan Shaklee UV (point) yang banyak.



  Sebenarnya apa yang saya belajar dari bengkel ini, sangat mudah sebenarnya menjana pendapatan dalam Shaklee. Malah jika kena pada formula yang dikongsi dalam bengkel ini, pada tahap permulaan bonus sebanyak RM500 boleh diperolehi dengan mudah. RM500 untuk permulaan ye, bila kita sudah mula menguasai teknik sales dan marketing, kita boleh menyusun strategi untuk mendapatkan bonus yang lebih besar.







  Selain dari perkongsian tips bagaimana menjana pendapatan cara mudah dengan Shaklee dari Master Arnie, kami juga belajar mengenai promosi produk untuk bulan ini dari Master Yazid, Keusahawan dan Cara Hadapi stres dari Master Azri dan juga Tips Closing Mudah dan Berkesan dan Menjana Ahli Baru dari Master Farah.

  Part yang paling menarik dalam bengkel ini adalah sesi soal jawab dari peserta yang hadir dan perkongsian testimoni dan juga cara konsultasi dengan customer dengan cara yang lebih berkesan. Alhamdulillah sepanjang sesi 3 jam bengkel berlangsung, banyak input yang saya perolehi dan membuatkan saya lebih bersemangat dalam menjalankan bisnes Shaklee.

  InsyaAllah selepas ini saya kena rajinkan diri untuk menghadiri lebih banyak seminar yang dianjurkan oleh Shaklee ataupun anjuran upline saya sendiri. Berbaloi berjalanan dari Taiping ke Shah Alam untuk menimba ilmu dan alhamdulillah sehingga ke hari ini, saya telah mempraktikkan ilmu yang saya perolehi dari bengkel ini

  Bagi yang ingin mencari pendapatan sampingan dengan Shaklee, anda boleh menghubungi saya untuk maklumat lanjut ye. Jika anda berada di sekitar Kamunting dan Taiping dan berminat untuk menyertai keluarga Shaklee kami, kita boleh set appointment untuk saya terangkan lebih lanjut mengenai kelebihan menjadi ahli Shaklee.


Salam Sayang








**  These statement has not been evaluated by Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose, treat, prevent or cure any disease. 

0 comments:

Post a Comment