Cara Bancuh & Resepi ESP Shaklee Yang Sedap

Assalamualaikum..

  Sempena promosi ESP bulan ni, saya nak kongsikan beberapa cara or resepi nak membancuh ESP. Waktu mula-mula minum ESP 4 tahun lepas, saya memang sukar untuk minum ESP yang plain saja. Nasib baik la ESP ni boleh dicampur dengan minuman yang lain. My favourite combination ESP + Horlicks dan ESP + Jus buah atau yogurt.

ESP + Jus Kurma atau Yogurt sangat sedap!!!!

Kombinasi kegemaran saya dari dulu 😊

  Okay, untuk anda diluar sana yang nak tau cara bancuhan ESP dan resepi-resepi ESP, anda boleh cuba resepi ini ye 😊

1) 1 sudu ESP + air suam

  • ESP hanya boleh dibancuh samada dengan air suam dan air sejuk je ye. Tak boleh dibancuh dengan air panas..nanti khasiat ESP akan musnah. Untuk resepi ni, anda akan rasa original soya ESP. 
2)  1 sudu ESP + 1 gelas / cawan fresh milk
  • Fresh milk ni tak kisah la apa-apa jenis pun. Kalau nak tambah fresh milk yang berperisa pun boleh. 
3)  1 sudu ESP + Milo

4)  1 sudu ESP + Ribena

5) 1 sudu ESP + Horlicks
  • Yang ni memang favourite saya dari dulu sampai sekarang. Suka bancuh ESP Horlicks suam2. Saya minum sampai titisan yang terakhir..hihihi
6) 1 sudu ESP + Nesvita / Nestum
  • Siapa yang suka minuman yang ada tekstur tu bolehlah cuba resepi ni. Rasa dia lemak-lemak berkrim. Kombinasi resepi ni memang sangat-sangat mengenyangkan.
7)  1 sudu ESP + Buah-buahan blend
  • Buah-buahan ni tak kira lah buah apa pun. Yang saya selalu cuba buah kurma. Rendam kurma tu bagi lembut, kemudian blend je dengan ESP. Selain dari buah kurma, saya suka jadikan ESP sebagai smoothies. Boleh jadikan smoothies pisang, mangga dan nenas. Sedap!!!
8) 1 sudu ESP + Mealshakes + Performance Drink
  • Peminat tegar ESP pasti tau nama kombinasi resepi ni. Resepi ni lah dikenali sebagai Mighty Gems. Resepi ni paling famous ketika bulan puasa kerana kombinasinya selain memberikan tenaga, ia juga menghilangkan dehidrasi tubuh.
9)  1 sudu ESP + Cinch Shake
  • Siapa yang nak berdiet?? Resepi ni paling sesuai untuk anda. Selain mengenyangkan, kombinasi kalori untuk bancuhan ni pun rendah je..dalam anggaran bawah dari 300kalori. Sangat sesuai dijadikan replacement meal jika anda tak sempat bersarapan.
  Untuk anda yang sentiasa sibuk dan ada kalanya tak sempat bersarapan, ambillah segelas ESP untuk menggantikan sarapan anda. Selain memberikan rasa kenyang, ESP juga memberikan tenaga untuk anda.

  Menarik kan resepi ESP diatas? Nak maklumat lebih lanjut mengenai ESP, cara pemakanan, resepi dan manafaat ESP? Boleh hubungi saya di 0193937880. Eh...jangan lupa grab promo ESP bulan ni tau..sangat-sangat berbaloi.


Salam Sayang












**  These statement has not been evaluated by Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose, treat, prevent or cure any disease. 

0 comments:

Post a Comment