My Shaklee Effect

Assalamualaikum..

  Sepanjang 4 tahun saya mengamalkan vitamin Shaklee, banyak perubahan yang saya dapat rasakan ke atas diri saya.

 Bermula pada tahun 2012 ketika saya mengambil Set Slimming & Breastfeeding, kini saya meneruskan pengambilan vitamin Shaklee untuk tujuan kesihatan dan kecantikan. Istimewanya lagi, anak saya Amna juga adalah pengamal vitamin Shaklee seawal dia berusia 1 tahun hingga kini.

  Wanita dan kecantikan memang tak boleh dipisahkan. Begitu juga dengan saya, dan saya gembira perubahan pada diri saya adalah berasaskan pengambilan vitamin semulajadi tanpa sebarang produk steroid.


  Walaupun dah 4 tahun mengenali Shaklee, jujur saya katakan, saya kurang konsisten dalam pengambilan vitamin dalam 3 tahun pertama. Jadi kesan pengambilan vitamin tersebut tidak begitu ketara pada diri saya.

  Bermula pada awal tahun ini, saya dah mula konsisten sehinggakan saya rasa hidup tak lengkap jika tak makan vitamin untuk sehari. Paling kurang pun vitamin C dan Vitalea wajib untuk saya telan setiap hari kerana bagi saya dua vitamin ini adalah vitamin asas untuk sihat dan cergas. Infact walau saya pergi kemana pun atas urusan kerja pasti ada vitamin Shaklee akan saya bawa bersama

Vitalea & Vitamin C

  Mana-mana pengamal tegar vitamin Shaklee pasti akan mengambil pelbagai jenis vitamin, samada untuk tujuan kecantikan mahupun kesihatan. Begitu juga dengan saya. Antara vitamin harian saya:
  • Vitamin C
  • ESP sebagai minuman dan masker
  • Vitamin E
  • Vitamin B Kompleks
  • Vivix
  • Vitalea
  Bila masa saya period setiap bulan, saya mengalami masalah senggugut,  saya amalkan pengambilan GLA kompleks. GLA Kompleks selain mengurangkan senggugut, ia membantu mengelakkan jerawat tumbuh akibat hormon yang tak stabil.

  Sebagai wanita yang berusia 38 tahun, saya perlu pastikan keperluan kalsium dalam badan cukup bagi mengelakkan simptom pre osteoporosis. Perlu ingat ye, badan kita tak dapat hasilkan kalsium sendiri, jadi kita perlu top up kalsium dalam badan samada melalui pemakanan harian atau suplemen.



  Bila saya tak jaga makan, saya akan pastikan Omega Guard dan Herblax menjadi peneman saya bagi mengawal kolestrol dan lemak dalam badan. Kebiasaannya bila saya bekerja diluar kawasan, Omega Guard ni wajib saya bawa sebab saya tahu saya akan cenderung makan makanan yang berminyak..



  Nak tengok kesan vitamin ni bukan boleh tengok dalam sehari dua, apatah lagi jika ia merupakan vitamin semulajadi. Perlu konsisten dan sabar mengamalkannya, insyaAllah anda akan nampak hasilnya.

  Ini adalah Shaklee Effect saya..Shaklee Effect anda pula bagaimana? Jom kongsikan bersama saya 😊


Salam Sayang










**  These statement has not been evaluated by Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose, treat, prevent or cure any disease. 

0 comments:

Post a Comment