Vitamin Tamat Tarikh Luput..Selamat Ke Untuk Di Makan?

Assalamualaikum..

  Ada tak dikalangan anda yang masih menyimpan vitamin yang telah tamat tempoh atau dalam erti kata lain vitamin dah expired? Pernah terfikir tak kalau vitamin yang dah expired tu boleh makan lagi atau tak?



Apa sebenarnya maksud Tarikh Luput (Expire Date)

  Kalau kita belek apa-apa juga makanan atau minuman, biasa ia akan letakkan tarikh luput pada makanan tersebut. Tarikh Luput sebenarnya menunjukkan hari terakhir sesuatu makanan itu boleh dimakan. Selepas dari tarikh itu jika anda masih ingin makan makanan tersebut, ia adalah atas risiko anda sendiri. Ada sesetengah makanan pula, apabila sampai tarikh luput, kualiti dan kesegaran makanan tersebut juga berkurang.

  Namun sebenarnya situasi tarikh luput pada suplemen adalah berbeza.

"Tarikh Luput untuk suplemen bermaksud hari terakhir produk tersebut berada pada potensi yang paling tinggi, seperti yang tertulis pada label. Ini bermakna selagi ia belum tamat tempoh, suplemen tersebut mampu berfungsi dengan baik dan jika ia telah tamat tempoh, fungsi dan manafaatnya berkurangan. 

Sebenarnya FDA (Food and Drug Adminstation) tidak meletakkan tarikh luput untuk mana-mana suplemen. Cuma pengeluar suplemen itu sendiri yang mementingkan kualiti suplemen akan menjalankan penyelidikan berulang kali bagi menjamin kualiti vitamin tersebut


Selamatkah vitamin yang dah tamat tarikh luput?

Kebanyakan suplemen walaupun telah tamat tarikh luput, tetap mengekalkan nilai nutrisi masing-masing. Namun kualiti suplemen tersebut akan berubah mengikut jenis bahan mentah yang digunakan untuk membuat suplemen tersebut, terdedah kepada kepanasan, kelembapan dan suhu panas. Suplemen yang berasaskan herba akan merosot kualitinya bergantung kepada tempat penyimpannya dan pembungkusannya. Jadi jangan risau jika vitamin sudah expired ya..biasanya vitamin yang expired ni masih boleh dimakan dari 6bulan hingga ke 2tahun dari tempoh tamat tempoh

Tips Penyimpanan Vitamin Yang Betul
  1. Kebiasaannya setiap botol vitamin akan tertera cara penyimpannya. Ikut arahan cara penyimpanan vitamin tersebut bagi mengekalkan kualitinya walaupun setelah tamat tempoh
  2. Tidak semua vitamin boleh disimpan didalam peti sejuk
  3. Sesetengah vitamin perlu ditempat diletak di tempat sejuk, kering dan gelap bagi mengekalkan kualitinya
  4. Jauhkan vitamin dari kelembapan haba kerana vitamin yang berbentuk kapsul akan mudah rosak jika berdekatan dengan haba
  5. Biarkan vitamin dalam bekas asalnya kerana ada kalanya bekas vitamin yang disediakan adalah kedap udara bagi mengekalkan kualiti vitamin tersebut. 

Kesimpulannya:
  • baca label botol tentang cara penyimpan vitamin yang betul
  • amalkan vitamin anda secara konsisten jadi ia akan habis sebelum tamat tempoh
  • jika vitamin anda sudah expired, ia masih boleh dimakan dalam tempoh 6bulan ke 1tahun malah ada yang sampai 2tahun, cuma kualitinya akan menyusut sedikit
  • jika vitamin tersebut masih belum dibuka tetapi sudah expired, kualitnya masih sama dengan vitamin baru






0 comments:

Post a Comment