Persediaan Sebelum Kehamilan

Assalamualaikum..

  Mana-mana pasangan yang ingin merancang untuk menimang cahaya mata, perlulah membuat persediaan awal menerima kehadiran cahayamata mereka. Berikut adalah tips yang boleh anda amalkan sebagai persediaan sebelum kehamilan.

Bilakah masa yang sesuai untuk membuat persediaan kehamilan?? 
Jika anda ingin merancang kehamilan, rancanglah seawal 4 bulan sebelum hamil. Dalam tempoh ini, jika anda mengamalkan kaedah perancangan keluarga, anda sudah boleh menghentikan kaedah perancangan kehamilan tersebut. Jika anda tidak menggunakan atau mengamalkan sebarang kaedah perancangan keluarga, ada boleh membuat persediaan seawal 2 minggu sebelum hamil

Persediaan sebelum kehamilan
Setelah bersedia untuk hamil, perkara-perkara berikut perlu diambil kira:

  • berhenti mengambil pil perancang atau alat mencegahan kehamilan
  • jalani pemeriksaan kesihatan untuk mengenalpasti jika terdapat sebarang penyakit kelamin
  • mengamalkan pemakanan yang sihat dan mengurangkan makanan segera yang kaya dengan gula dan lemak
3 Bulan sebelum kehamilan
  • Pengambilan alkohol haruslah dihentikan serta merta
  • Pastikan anda mula mengambil makanan tambahan seperti asid folik untuk persediaan kehamilan
  • pastikan anda sentiasa relaks dan bebas stres
Sebulan sebelum kehamilan
  • pastikan anda berhenti mengambil alkohol sepenuhnya
  • pastikan juga anda tidak lagi mengambil alat pencegah kehamilan
  • elakkan mengambil ubat dari farmasi tanpa kebenaran doktor
  • berhenti mengambil kafien
  • amalkan pemakanan yang sihat


Pengambilan Suplemen
  • Vitalea - Multivitamin yang lengkap dengan iron formula dan asid folik
  • Vitamin C - Membantu proses sintesi, hormon-hormon kritikal yang berkaitan dengan seks dan kesuburan seperti estrogen, progestron dan asid folik
  • Vitamin B Kompleks - memberikan tenaga, perasaan tenang dan menghilangkan rasa stres
  Perkara utama jika anda ingin hamil, anda perlu bersedia dari segi fizikal dan mental. Moga tips ini dapat membantu anda diluar sana yang sedang merancang untuk hamil.


Salam Sayang












**  These statement has not been evaluated by Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose, treat, prevent or cure any disease.   


0 comments:

Post a Comment