Kenapa Saya Masih Bertahan Dengan Shaklee

Assalamualaikum..

  Masuk tahun ni, dah 4 tahun saya dalam Shaklee. Senang untuk saya ingat kerana antara satu push factor saya join Shaklee adalah kerana anak saya Amna yang kini berusia 4 tahun. Saya ingin menyediakan kehidupan yang lebih baik untuk dia. Sekurang-kurangnya jika saya sudah tiada nanti, ada sesuatu yang boleh saya turunkan untuk anak saya.

Teman COD saya
  Pada awal pembabitan dalam Shaklee, tujuan saya hanyalah untuk mendapatkan duit extra bagi menampung kehidupan saya dan anak. Kebetulan masa tu juga saya inginkan suplemen yang dapat membantu saya menjayakan penyusuan susu ibu untuk anak saya. Dari situ, saya mula belajar mengenai setiap suplemen Shaklee. Dari situ juga saya mula jatuh cinta dengan suplemen Shaklee.

  As time goes by, bila ramai yang membeli Shaklee dari saya, bila saya sendiri nampak kesan Shaklee atas kesihatan mereka, niat saya join Shaklee sudah berubah. Fokus saya bukan pada duit dan extra income semata-mata. Saya tau, Shaklee bukan mengenai duit saja, tapi Shaklee menjadikan kehidupan dan kesihatan kita lebih baik, dan saya nampak semua Shaklee Effect pada customer yang beli dari saya.

  Saya rasakan bukan setakat tahap kesihatan customer saya berubah saja, malah hubungan ukuwah antara saya dengan customer juga terjalin. Antara saya dengan customer bukan saja setakat seller, ada yang dah jadi adik saya, kakak saya, anak saya malah ada sorang customer saya panggil 'mak' kerana hubungan kami seperti anak dan mak dan bukan lagi sebagai customer dan seller. Perkara-perkara seperti ni tak pernah terjangkau dalam fikiran saya tetapi kerana vitamin Shaklee, saya dapat something yang priceless.

  Kesan yang paling saya rasakan bila saya bersama dengan Shaklee, hubungan saya dengan anak saya semakin erat. Bila masa ada penghantaran vitamin Shaklee secara COD atau postage, anak saya akan turut sama. Malah dia sendiri telah mengamalkan pengambilan vitamin Shaklee dari umur 1 tahun lagi. Saya akui, sepanjang anak saya mengambil vitamin Shaklee, dia sangat jarang jatuh sakit. Bukan tak pernah jatuh sakit, tapi jarang jatuh sakit. Kebiasannya bila dia jatuh sakit pun, saya hanya akan berikan dia suplemen terlebih dahulu sebelum memberikan dia ubat sintetik.

Amna COD barang pada customer 
  Walaupun ramai yang kata Shaklee ni  banyak saingan, tapi saya percaya rezeki Allah itu sangat luas. Vitamin Shaklee sudah bertahan lebih daripada 20 tahun di Malaysia, malah vitamin tertua Shaklee pun sudah berusia 100 tahun. Ini pun da menunjukkan bahawa Shaklee merupakan suplemen yang selamat untuk diambil.

  InsyaAllah, saya yakin dengan vitamin Shaklee dan insyaAllah saya yakin dengan rezeki yang Allah berikan. Selagi mana ada permintaan terhadap vitamin Shaklee, selagi itu saya akan terus berkongsi kebaikan vitamin Shaklee pada semua..



Salam Sayang










0 comments:

Post a Comment