Kenapa Berat Badan Naik Semasa Haid??

Assalamualaikum..

  Pernah tak jadi keadaan seperti ini? Hari-hari biasa rasa berat badan normal je..tiba-tiba pada waktu haid, tiba-tiba berat badan naik! kadang bukan setakat naik sikit..sampai 1kg-2kg naik, padahal bukannya selera makan bertambah pun..tapi berat still naik..



  Sebenarnya perkara ini adalah normal kerana situasi ini berlaku akibat daripada perubahan hormon dalam tubuh kita ketika kedatangan haid.  Pada 1-2 minggu sebelum haid, kita akan mengalami keadaan pre menstrual syndrome iatu PMS. Pada ketika ni, kebanyakan dari wanita akan mengalami keadaan dimana perut menjadi kembung (bloated), food craving, cepat marah, cepat emosi dan berat badan menjadi statik ataupun naik.



  Pada peringkat ini, sebenarnya pertambahan berat badan adalah disebabkan oleh water retention iaitu takungan air dalam badan akibat dari perubahan hormon badan ketika haid. Perut akan kelihatan membuncit dan berat badan akan naik walaupun bersenam. Jangan risau ye, keadaan ini cuma sementara sahaja. Lepas haid, berat badan anda akan kembali pada berat asal.

BERAT TETAP TIDAK TURUN SELEPAS HAID

  Ketika haid, keinginan untuk kita makan makanan yang manis semakin meningkat akibat daripada kekurangan gula dalam badan. Jika kita tidak mengawal pemakanan kita semasa haid, ia akan menjadi tabiat untuk keep on eating walaupun selepas haid. Perlu ingat ya, ketika haid, kita sebenarnya 'gemuk air' akibat water retention. Jangan pula selepas haid, kita jadi 'gemuk lemak' kerana tak boleh selera makan :P




BAGAIMANA TANGANI BERAT BADAN NAIK SEMASA HAID

1. Water Retention (gemuk air)

  • Bila berlaku water retention, best way is menghilangkan gemuk air ini adalah melalui bersenam. Bersenam dan berpeluh dapat menyingkirkan air dalam badan
  • Minum lebih banyak air masak berbanding air manis. Lebih banyak air yang diminum, lebih banyak air yang akan disingkirkan. 
  • Untuk mengurangkan dehidrasi akibat lebih banyak membuang air, minumlah Performance Drink 
  • Ambil makanan atau minuman yang bersifat diuretik yang membolehkan anda mudah untuk membuang. Contohnya kopi atau teh tanpa kafien. Anda juga boleh mengamalkan Alfalfa untuk menyingkirkan air yang banyak dalam badan
2. Kawal Selera Makan
  • Ketika haid, kita lebih kerap craving pada benda yang manis. Elakkan mengambil makanan manis yang tidak berkhasiat. Jika boleh gantikan ia dengan buah-buahan, bijirin, sayuran bagi menghilangkan rasa craving tersebut
  • Makan lebih kerap tetapi dengan makanan yang sihat. Bagi mereka yang berdiet, makan 5-6 kali sehari dengan menu yang sihat sebenarnya lebih memudahkan untuk anda turun berat badan dengan sihat
  • Taukah anda, sebenarnya kalsium dan magnesium dapat mengurangkan keinginan anda untuk asyik makan dan perut kembung. Jadi, anda boleh cuba Ostematrix. Selain mengurangkan keinginan makan dan kembung perut, Ostematrix juga membantu anda tidur lena semalaman.
    Jadi untuk wanita-wanita diluar sana terutamanya yang berdiet, jangan frust jika berat badan anda naik ketika haid ye. Itu adalah NORMAL. Nak lebih tips tentang diet dan pemakanan, boleh hubungi saya ye..


Salam Sayang












**  These statement has not been evaluated by Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose, treat, prevent or cure any disease.   



0 comments:

Post a Comment