Kaedah Semulajadi Mendapat Anak Kembar

Assalamualaikum..

  Anak kembar! Siapa yang tak geram tengok kan..boleh katakan tiap kali kalau saya kemana-mana dan jumpa pasangan bayi atau kanak-kanak gembar, mata saya memang tak berhenti berkelip tengok pasangan kembar tu..dalam hati pernah terdetik..nak juga la anak kembar.. :P



  Bagi mereka yang berusaha nak mendapat anak kembar secara semulajadi, saya kongsikan beberapa tips dari hasil bacaan saya. Semua ni adalah usaha semata-mata ya..ketentuannya tetap dari Allah :)

1. Pengambilan Folat dengan konsisten
Kajian mendapati wanita yang mempunyai kandungan ferus / folat tinggi dalam badan akan meningkatkan 40% peluang kehamilan kembar. Namun kajian ni sebenarnya berbeza-beza. Namun jika anda wanita yang berusaha untuk hamil, sila konsisten mengambil folat ye.

2. Pengambilan produk tenusu
Wanita yamg mengambil produk tenusu yang banyak dalam diet mereka lebih berpeluang hamil anak kembar. Ini disebabkan oleh Insulin-like Growth Factor (IGF) dalam lembu dan mungkin beberapa hormon yang disuntikkan kepada lembu ini yang menyumbang kepada kelahiran bayi kembar



3. Faktor umur yang semakin meningkat
Dulu doktor gynea saya pernah cakap, wanita yang lebih berusia lebih cenderung hamil anak kembar. Ini adalah kerana wanita yang lebih dewasa akan menghasilkan hormon peransang folikel (FSH) yang lebih tinggi jumlahnya yang meningkatkan penghasilkan ovum lebih dari satu. Namun perlu ingat juga ye..semakin meningkat umur seseorang wanita tersebut, kadar kesuburan juga semakin berkurangan. Jadi jangan tunggu lama-lama untuk hamil ye :)

4. Hyperovulation
Keadaan ini berlaku apabila wanita tersebut mengambil pil hormon untuk meningkatkan anak kembar. Hormon akan merangsang pengeluaran lebih dari 1 telur dan meningkatkan potensi kehamilan kembar

5. Genetik Keluarga
Ia sebenarnya lebih kepada genetik di sebelah ibu.  Jika keluarga sebelah ibu mempunyai sejarah kehamilan dan kelahiran anak kembar, maka peluang ibu itu untuk hamil anak kembar adalah lebih tinggi. Ini adalah kerana hyperovulation genetic. Pastilah ibu yang akan mengalami ovulasi, bukan ayah kan? Maka genetik ini diwarisi dari keturunan sebelah ibu.

6. Jumlah anak yang ramai
Semakin tinggi jumlah anak anda, maka semakin tinggi peluang untuk anda hamil dengan anak kembar. Sebab itu, jika anda perhatikan, anak kembar ini selalunya anak ketiga, keempat atau pun bongsu. Jarang anak kembar yang sulung. (Jarang ye bukan takde)
Ostematrix Shaklee mengandungi Magnesium

7. Pengambilan Magnesium/Kalsium
Ini dikaitkan dengan produk tenusu juga. Kalsium merupakan produk tenusu yang boleh meningkatkan kehamilan kembar

Sebenarnya ini cuma tips yang saya baca dan google dalam internet. Segala-galanya adalah dari Dia yang Maha Esa. Tapi, tak salah kan kalau kita usahakan, mana tau betul-betul dapat baby kembar. Cuma mendapat baby kembar ni memang la seronok, tapi tanggungjawab yang menanti pun besar. Kena bersedia dari segi mental dan fizikal jika kita benar-benar inginkan kehamilan kembar. :)


Salam Sayang












**  These statement has not been evaluated by Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose, treat, prevent or cure any disease.   







0 comments:

Post a Comment