6 Tips Untuk Menjaga Kesihatan Sendi

Assalamualaikum..

  Bila bercakap tentang sakit sendi ni, kita anggap sakit ni hanya dialami oleh golongan yang berumur kan? Tapi sebenarnya faktor usia ni cuma satu faktor yang menyebabkan sakit sendi berlaku. Maksudnya sakit sendi ni boleh berlaku pada sesiapa saja tidak kira usia.

Namun, ada banyak faktor lain yang menyebabkan berlakuknya kesakitan sendi. Antaranya faktor genetik, faktor kekurangan nutrisi malah amalan gaya hidup yang tidak sihat juga menyebabkan kesakitan sendi. Jadi dalam entri ini, saya kongsikan beberapa tips untuk mengatasi masalah sakit sendi

TIPS 1 : PILIH KASUT YANG SESUAI

Percaya atau tidak, kasut sangat memainkan peranan yang penting dalam kesihatan sendi. Saya sendiri agak sukar untuk mencari kasut yang sesuai untuk saya kerana saya agak cerewet dalam pemilihan kasut. Bukan kerana saya cerewet tentang fesyen kasut tersebut, tapi kasut yang tidak betul dan tidak sesuai adalah faktor yang menyumbang kepada kesakitan sendi.



  Kasut yang bertumit tinggi boleh menyebabkan masalah pergelangan kaki dan lutut dan akan menyebabkan kesakitan sendi dalam tempoh jangka masa yang panjang. Jadi sebaiknya pilih kasut yang sesuai dengan kaki anda dan kurangkan pemaikaian kasut tumit tinggi

TIPS 2: REHATKAN PERGELANGAN KEDUA-DUA TANGAN

 Adakah anda jenis yang bekerja menggunakan banyak pergelangan tangan. Tahu tak bahawa tangan kita perlu direhatkan dengan cara renggangan. Renggangan akan membantu mengurangkan keletihan pada tangan anda. Keletihan ini sebenarnya yang menyebabkan sakit sendi pada tangan



TIPS 3: TURUNKAN BERAT JIKA BERAT BERLEBIHAN

  Jika anda pernah mengalami masalah berat badan berlebihan, anda sudah pastinya tahu bahawa anda akan mengalami masalah kesakitan sendi terutamanya dibahagian lutut dan tumit kaki. Saya pernah melalui situasi ni dulu, dan kerana kesakitan itu lah saya berusaha menurunkan berat badan saya.

TIPS 4 : KALSIUM

  Kalsium sangat-sangat penting bukan saja untuk tulang yang kuat, malah untuk sendi yang sihat. Kalsium boleh didapati daripada pemakanan harian kita, produk tenusu, sayuran hijau, semuanya mengandungi kalsium.

TIPS 5 :  OMEGA -3 YANG SECUKUPNYA

  Asid Omega 3 sangat penting untuk membina dan memelihara kesihatan sendi dan tulang. Ia mampu larut ke tisu rawan sendi, yang boleh mengelakkan kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan tersebut. Ini sekaligus membantu untuk mengelakkan sakit sendi seperti arthitis dan gout

TIPS 6 : PENGAMBILAN SUPLEMEN

 Pengambilan suplemen adalah satu lagi cara untuk meningkatkan kesihatan sendi dan tulang. Antara suplemen yang dicadangkan adalah

  • Ostematrix - Kombinasi nutrien kritikal untuk kesihatan tulang termasuklah magnesium, kalsium, vitamin D, Zink, Kuprum, Mangan dan Boron
  • Omega Guard - Minyak ikan mempunyai Omega 3 yang membantu mengurangkan kesakitan sendi
  Perlu ke mengambil kedua-dua suplemen ini untuk kesakitan sendi? Bagi saya mengambil kedua-dua suplemen ini akan memberikan kesan yang lebih maksimum berbanding jika anda mengambil hanya salah satu daripadanya. Jika anda ingin maklumat lanjut mengenai suplemen ini, boleh hubungi saya terus ye..


Salam Sayang












**  These statement has not been evaluated by Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose, treat, prevent or cure any disease. 





0 comments:

Post a Comment