Tips Memilih Suplemen

Assalamualaikum..

  Dipasaran sekarang memang banyak suplemen yang dijual. Adakalanya kita sampai tak tahu memilih suplemen yang mana satu yang sesuai untuk kita. Kebanyakan dari kita yang masih baru dalam pengambilan suplemen lebih cenderung membeli suplemen berdasarkan iklan yang kita nampak di media sosial. Jadi untuk lebih jelas bagaimana membeli suplemen yang sesuai, saya sertakan tips membeli suplemen untuk panduan anda.



Jangan Tertipu
Suplemen adalah makanan tambahan dan bukan pil magik yang boleh transform kan diri kita jadi kurus / cantik sekelip mata. Sebelum terpedaya dengan gambar 'sebelum & selepas' anda perlu selidik dahulu testimoni sebenar mereka yang anda kenali untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai suplemen tersebut. Makin ramai 'real testimoni', kita akan lebih yakin membeli suplemen tersebut

Jangan terus percaya kepada mana-mana jurujual
Kebanyakan penjual akan meyakinkan suplemen yang mereka jual itu berkesan. Jangan mudah tertipu, selidik dulu mengenai produk tersebut sebelum membeli dan pastikan suplemen tersebut disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

Periksa dan kenal-pasti kandungan
Jangan beli produk berdasarkan kepada nama atau jenama. Periksa isi kandungan supaya ia selari dengan keperluan dan kehendak anda.

Periksa tarikh luput
Sentiasa periksa tarikh luput suplemen tersebut. Seelok-eloknya cari yang mempunyai tarikh luput yang masih jauh. Jika tiada tarikh luput, jangan beli suplemen tersebut

Harga sekali makan berapa?
Harga suplemen biasanya bukan murah. Jadi cuba kira kos suplemen tersebut. Contohnya untuk vitamin C Shaklee, harga RM98 dan mempunyai 120 tablets. Jadi untuk sebiji vitamin C sehari, harganya bersamaan dengan RM0.54 sen sahaja

Kualiti
Tidak dinafikan kita lebih cenderung membeli suplemen yang murah. Namun kita perlu tahu kualiti suplemen tersebut dan reputasi yang positif dan meyakinkan. Buatlah kajian tentang suplemen tersebut.

  Kesimpulannya, sebelum bercadang untuk beli mana-mana produk kesihatan atau kecergasan, pastikan anda mahir dalam pengawalan pemakanan dan gaya hidup yang selari dengan keperluan hidup anda barulah suplemen membantu anda. Semoga info ini memberi manafaat pada anda semua.


Salam Sayang












0 comments:

Post a Comment