Tips Memilih Pencuci Muka Yang Sesuai

Assalamualaikum..

  Dalam penjagaan kulit wajah, satu perkara penting yang perlu kita titikberatkan adalah proses mencuci muka. Banyak produk pencuci muka dipasaran dan kita sendiri ada kalanya kita sendiri tak tahu produk pencuci muka yang mana yang sesuai untuk kita. Jadi berikut saya kongsikan tips memilih pencuci muka yang sesuai.




A. Kenalpasti jenis kulit anda




Sebelum memilih jenis pencuci muka yang sesuai untuk anda, anda perlu tahu kulit anda samada jenis yang kering, berminyak, sensitif, normal ataupun kombinasi. Kebiasaannya:

  • Kulit Normal - ia seimbang dari segi kelembapan, minyak dan ketahanan
  • Kulit Kering - liang roma pada kulit sukar dilihat selepas beberapa jam dicuci. Untuk kulit jenis ini, elakkan pencuci muka yang mengandungi alkohol kerana ia akan menyebabkan kulit menjadi semakin kering
  • Kulit Berminyak - Kulit akan nampak berkilat dan berminyak setelah dicuci. Cari pencuci muka yang mengandungi pH yang rendah (alkali) bagi memudahkan minyak mudah dibuang
  • Kulit Sensitif - Kebiasaanya kulit jenis ini mudah mendapat alahan atau elergi setelah dicuci. Elakkan menggunakan pencuci yang mempunyai bahan pewangi, minyak atau bahan kimia yang boleh merosakkan kulit
  • Kulit Kombinasi - Kulit kombinasi ini biasanya apabila sebahagian wajah kulit kering dan sebahagian kulit berminyak. Kebiasannya zon T adalah kawasan yang selalu berminyak. Untuk jenis kulit ini, elakkan memakai sabun mandi untuk mencuci muka.
B. Cari pencuci muka yang berbuih dan halus
Pencuci muka yang baik adalah pencuci muka yang banyak buih dan halus. Jika pencuci muka kita tak berbuih, kita mungkin akan menggosok muka kita dengan harapan kotoran pada liang roma akan hilang. Namun sebenarnya, lebih banyak buih yang terhasil dari pencuci muka kita, lebih senang kotoran pada liang roma akan hilang

C. Gunakan air suam atau air suhu bilik untuk mencuci muka
Penggunaan air suam sangat membantu untuk membantu proses mencuci muka kerana ia sekaligus membantu membuka liang roma kulit wajah bagi memudahkan proses mencuci muka ini. Namun jangan lah basuh muka dengan air yang panas kerana air yang panas akan menyebabkan minyak semulajadi yang penting untuk kulit akan disingkirkan.

D. Elakkan pencuci muka yang mengandungi bahan pewangi dan pengawet
Pencuci muka seperti ini biasanya menyebabkan kesan alahan. 

E. Gunakan pencuci muka bukan sabun badan 

F. Bilas dengan air sejuk selepas mencuci muka
Selepas mencuci muka, bilas dengan air sejuk dan lap dengan tuala yang lembut. Jika perlu, guna toner dan krim pelembab agar kulit muka anda sentiasa rasa segar dan nyaman.

  Jika anda masih tercari-cari lagi produk pencuci muka yang sesuai, Shaklee mempunyai rangkaian produk pencuci muka mengikut kesesuaian kulit anda. InsyaAllah saya akan kongsikan salah satu produk pencuci muka Shaklee pada masa akan datang.


Salam Sayang











**  These statement has not been evaluated by Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose, treat, prevent or cure any disease.





0 comments:

Post a Comment