Tips Elak Makan Berlebihan Semasa Berbuka Puasa

Assalamualaikum..

  Minggu depan kita da start berpuasa. Dah tentu masa berbuka adalah masa yang dinanti2 setelah seharian berpuasa. Masa ni kadang-kadang kita tak sedar yang kita terlebih makan khususnya untuk mereka yang berdiet. Jadi berikut adalah tips untuk mengelakkan kita makan secara berlebihan semasa berbuka. (kredit : Kevin Zahri)



1. Mulakan dengan kurma
Kebiasannya untuk saya sendiri, saya mulakan berbuka puasa dengan kurma. Normally saya akan ambil maksimum 2 biji kurma dan juga segelas air. Kebiasannnya saya lebih suka minum air kosong sejuk ataupun air buah-buahan yang saya buat sendiri.

Tips diet: Jika anda dalam proses menjaga berat badan, pastikan pengambilan kurma tidak melebihi 5biji dan memadai la 1-3biji ketika berbuka. Kurma juga mengandungi kalori dan kalori ini akan dikira sekali dengan pengambilan kalori dari makanan lain jika anda ingin menjaga jumlah pengambilan kalori anda

2. Berhenti makan sebelum kenyang
Ambil masa dalam 20minit untuk makan. Jika anda mengambil masa lebih dari itu, mungkin anda akan terlebih makan. Sunnah Nabi menyatakan 'berhenti sebelum kenyang'

Tips diet: Makan dengan perlahan sebenarnya membantu dalam mengawal pemakanan kita agar kita tidak terlebih makan. Kunyah makanan dengan perlahan dan lebihkan makanan berprotien dan kurangkan makan makanan manis

3. Pengiraan kalori
Sebenarnya agak sukar juga kita mengawal pengambilaan kalori kita ketika kita berpuasa. Namun jika anda benar-benar serius menurunkan berat badan, tidak kira betapa sedap kuih dan manisan yang disediakan, mulakan hidangan anda dengan makanan yang seimbang.

Tips diet: Anda boleh memilih salah satu karbohidrat berikut ketika berbuka; nasi, bihun, kentang, mee, roti dan lain-lain. Jika anda sudah makan nasi, elakkan makan makanan berkarbohidrat lain. Selain itu, ambil protien seperti ayam, ikan daging dan serat seperti sayur dan buah-buahan dan akhiri dengan kuih dan manisan.

4. Pengambilan Air
Kebiasaannya ketika berbuka, kita lebih cenderung minum air yang manis betul tak? Saya pun tak terkecuali. Namun jika kita berbuka dengan air yang suam, panas, ia elok untuk sistem penghadaman kita yang telah berehat sepanjang kita berpuasa.

Tips diet: Air masak tidak mengandungi kalori. Namun tak perlu untuk kita minum sehingga 3-4 gelas sekaligus ketika berbuka takut perut cepat penuh dan kenyang dengan air dan kita akan kurang makan. Kita masih perlu makan untuk membekalkan semula tenaga setelah seharian berpuasa. Berhati-hati ketika minum air yang manis kerana air yang manis mengandungi kalori.

5. Makan diluar

Sekiranya anda ingin makan diluar atau buffet, rancang apa yang anda makan terlebih dahulu. Jika anda ingin makan benda yang manis, mulakan dengan buah terlebih dahulu diikuti dengan makanan yang lain.

Tips Diet : Ketika makan secara buffet, tak perlu ambil makanan secara berlebihan dalam pinggan. Ambil sedikit demi sedikit terlebih dahulu. 

  Setiap orang mempunyai cara tersendiri berdiet dan mengawal pemakanan selepas berpuasa. Terpulang pada anda bagaimana anda mengamalkannya. Anda yang lebih mengenali tubuh anda. Ingin lebih tips diet dan kesihatan, anda boleh terus follow blog saya ye.



Salam Sayang,




**  These statement has not been evaluated by Food and Drug Administration.  These product are not intended to diagnose, treat, prevent or cure any disease. 





0 comments:

Post a Comment