Resepi Chicken Pie Yang Ringkas

Assalamualaikum..

  Hari sabtu lepas kebetulan pula datang rajin nak membaking. Suka sangat baking ni tapi memandangkan kat rumah hanya saya dengan Amna je, kadang-kadang takde siapa pun nak makan apa yang saya masak. Tapi teringin punya pasal, buat juga lah chicken pie yang sangat simple untuk berbuka nanti.

  Resepi ni saya olah-olah dari resepi-resepi yang saya google di internet dan saya nak buat chicken pie yang paling senang dan paling ringkas. So ini lah rupa chicken pie ringkas saya :)



Bahan-bahan pastri:

  • 250gram tepung gandum
  • 200gram butter (saya guna unsalted butter)
  • garam secubit (tak bubuh pun takpe)
  • kuning telur sebiji
  • 2sudu plain yogurt 
Bahan-bahan inti
  • dada ayam ( saya takde sukatan, bergantung pada banyak mana anda nak)
  • cendawan butang (1/2 cawan)
  • lobak merah (1/2cawan)
  • kentang (sebiji)
  • lada benggala (merah/hijau 1/2 cawan potong nipis)
Cara-cara membuatnya
  1. Untuk pastri, gaul je tepung dan butter sampai sekata, masukkan telur, adun dan akhir sekali letak 2sudu yogurt. Jika adunan tepung masih melekit di tangan, campur tepung sedikit demi sedikit sampai la doh tu dah terbentuk. Rehatkan doh dalam peti ais selama 30 minit
  2. Untuk filling pula, dada ayam yang dipotong kecik perap dengan sos tiram. Tumis ayam tersebut dengan olive oil, masukkan cendawan butang, lobak merah, kentang dan lada benggala. 
  3. Memandangkan ayam tadi da diperap dengan sos tiram, tak perlu la buh garam takut lagi masin pula kan.
  4. Pastri yang dah direhatkan tadi dibahagi kepada 2 bahagian. Bahagian pertama, tekankan didalam adunan pie dan masukkan inti dalam pastri tersebut. Bahagian kedua uli pastri tersebut dan tutup pie yang di masukkan filling.
  5. Sapu telur kuning pada pastri supaya warna pastri takdelah nampak pucat kan
  6. Bakar dalam suhu 180darjah celcius selama 40 minit
  7. Siap!! Chicken pie yang paling ringkas sekali.
Selamat Mencuba :)

0 comments:

Post a Comment