Freeletics Bodyweight..Aplikasi Yang Membantu Anda Bersenam

Assalamualaikum..

  Bulan puasa ni ramai juga yang berehat dari workout. Saya pun pada awal-awal puasa, memang lama juga la berehat. Tapi bila dah biasa workout tiba-tiba berenti, badan pun rasa lemau semacam.

  Jadi saya perlahan-lahan buat workout sendiri. Memandangkan saya dah ada sedikit pengetahuan asas tentang workout, jadi saya bercadang untuk download aplikasi workout untuk guide saya bersenam.


  Antara aplikasi yang saya suka adalah Freeletics Bodyweight. Aplikasi ini ada banyak jenis senaman yang boleh anda pilih. Samada anda ingin buat rutin senaman yang ringkas ataupun nak pelbagaikan senaman dalam satu masa. Untuk saya sendiri, saya combine dua-dua sekali.


  Jika anda pula baru berjinak-jinak untuk bersenam, aplikasi ini juga menyediakan video sebagai contoh untuk membuat senaman yang betul. Namun jika anda memang tak pernah mengamalkan senaman-senaman ini sebelum ini, pastikan anda rujuk kepada jurulatih yang berpengalaman terlebih dahulu sebelum memulakan sesuatu senaman.



  Apa yang saya suka tentang aplikasi ini, setiap kali selesai satu rutin senaman, anda boleh simpan rekod senaman anda sebagai rujukan untuk improve senaman-senaman anda pada masa akan datang. Jujurnya saya pun baru follow aplikasi ni..heheh..kalau tak saya buat senaman ikut suka je. Jadi untuk yang memang dah ada basic knowledge pasal jenis-jenis senaman dalam aplikasi ni, boleh la cuba.



  Perlu ingat ye, anda perlu mendapat nasihat daripada doktor atau jurulatih terlatih terlebih dahulu jika anda mempunyai masalah kesihatan sebelum ini. Yang penting jika anda bersenam, bersenam ikut kemampuan tubuh anda sendiri.


Salam Sayang






0 comments:

Post a Comment