Adab-Adab Berbuka Puasa

Assalamualaikum..

  Salah satu nikmat bagi orang berpuasa selain dari pahala yang diperolehinya adalah ketika berbuka. Terasa nikmat berbuka itu sangat bermakna setelah seharian kita menahan lapar dan dahaga. Namun saat-saat berbuka itu lebih bermakna sekiranya kita mengamalkan adab-adab berbuka seperti berikut




Menyegerakan berbuka

Menyegerakan berbuka disunakan oleh Rasulullah ketika matahari telah terbenam. Dari Sahl bin Saád ra, Rasulullah Saw bersabda,

"Senantiasalah manusia di dalam kebaikan selama menyegerakan berbuka"(HR Bukhari). 

Mengerakan berbuka ini juga merupakan perbeaan antara seorang mukmin dengan orang Yahudi mahupun Nasrani. Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah Saw bersabda,

"Agama ini akan sentiasa menang selama manusia menyegerakan berbuka, kerana orang-orang Yahudi dan Nasrani menghakhirkannya,"(HR Abu Dawud)


Berbuka dengan air dan buah tamar (kurma)

Dari Anas bin Malik ra"Ädalah Rasulullah Saw berbuka dengan kurma basah (ruthab), jika tidak ada ruthab maka berbuka dengan kurma kering (tamar), jika tidak ada tamar maka minum dengan satu tegukan. Kurma mempunyai khasiat yang dapat memberi tenaga kepada badan dan setelah seharian berlapar dan dahaga, air dapat memberikan kesegaran kepada tubuh kita


Doa ketika berbuka

  Doa orang yang berpuasa adalah makbul. Atas sebab itu dianjurkan supaya sentiasa berdoa kepada Allah swt. Dari Abu Hurairah ra Rasulullah saw bersabda:

"Tiga orang yang dikabulkan doanya: doa orang yang berpuasa, doa orang yang dizalimi dan doa musafir.


Memberi makan kepada orang yang puasa

Orang yang memberikan makan kepada orang yang puasa mendapat pahala yang besar dan kebaikan yang banyak. Rasulullah saw bersabda:

"Barangsiapa yang memberi buka orang yang puasa akan mendapat pahala seperti pahalanya orang yang berpuasa tanpa mengurangi pahalanya sedikitpun'(HR Ahmad, tirmidzi, Ibnu Majah)

  Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, tidak semua orang mampu memberikan buka oraang yang berpuasa. "Rasulullah saw menjawab, 'Pahala ini Allah berikan bagi siapa saja yang menyediakan makanan bagi orang yang  berubuka puasa meskipun berupa susu bercampur air, kurma ataupun seteguk air. Barangsiapa memberikan seteguk air bagi orang yang berbuka, nescaya Allah akan memberinya minum seteguk air dari telagaku, ia tidak akan dahaga selamanya hingga masuk syurga


Wallahualam




0 comments:

Post a Comment