5 Cara Mengelak Jeragat

Assalamualaikum..

  Kalau dibandingkan dengan jeragat dan jerawat, jeragat ni paling sukar untuk dihilangkan. Kebiasaanya jeragat ini berlaku apabila usia semakin meningkat terutamanya bila usia menjangkau 30-an ke atas.



  Jeragat biasanya berlaku disebabkan terlalu kerap berjemur dibawah cahaya matahari tanpa menggunakan sunscreen ataupun losyen. Dikalangan wanita hamil pula, jeragat biasanya berlaku akibat perubahan hormon ketika hamil. Keadaan ini biasanya sementara saja, namun ada juga yang kekal. Jadi dalam entri ini, saya akan kongsikan 5 cara untuk mengelak jeragat.

1. Jangan guna produk menghakis kulit
Bahan yang menghakis kulit ini termasuklah produk-produk kecantikan yang mengelupas dan mengakibatkan penipisan kulit. Produk ini kebiasannya mengandungi merkuri yang bahaya untuk kulit. Pada mulanya kulit memang akan kelihatan cerah dan flawless, namun kandungan merkuri akan menyebabkan ia menyekat melanin yang berfungsi untuk menentukan warna kulit

2. Elak berjemur hingga kulit kering
Elakkan berjemur dibawah pancaran matahari tanpa menggunakan apa-apa pelindung uv. Cahaya matahari bukan saja menyebabkan kulit kering dan berjeragat, ia juga merosakkan sel-sel kulit

3. Sapu pelembab setiap hari dan setiap malam
Pelembab memainkan peranan penting dalam mengelakkan terjadinya jeragat. Pastikan kulit anda sentiasa lembab siang dan malam dan pastikan anda memilih pelembab yang sesuai untuk anda

4. Pemakanan seimbang dan pengambilan suplemen
Amat penting untuk kita amalkan pemakanan yang seimbang setiap hari. Pengambilan vitamin yang bersifat antioksida dapat melindungi kulit agar tidak cepat rosak. Selain itu asid lemak juga antara suplemen yang sangat bagus untuk kesihatan kulit

5. Pengambilan air yang cukup
Kulit akan lebih kelihatan cantik dan segar jika tubuh kita segar dengan pengambilan air yang cukup. Selain berfungsi untuk metabolisma tubuh, air yang cukup juga membantu kesihatan kulit agar tidak cepat rosak.

Apakah suplemen yang sesuai untuk mengatasi masalah jeragat ini? InsyaAllah akan saya kongsikan pada masa akan datang. 




Salam Sayang












**  These statement has not been evaluated by Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose, treat, prevent or cure any disease.



0 comments:

Post a Comment