Tips Penyusuan Semasa Berpuasa

Assalamualaikum..

  Sebulan lagi, insyaAllah kita akan memulakan ibadah puasa. Bagi first time mother yang melahirkan anak dan menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu, pasti ada yang risau jika ketika berpuasa, susu ibu akan berkurang atau ibu itu sendiri berasa lemah akibat berpuasa dan menyusukan anak. Jangan risau, insyaAllah rezeki susu ibu itu akan sentiasa ada untuk anak anda.



Ini adalah beberapa tips yang anda boleh amalkan semasa menyusukan anak ketika berpuasa.

  • Teruskan penyusuan - Semakin kerap kita menyusukan anak, semakin banyak produksi susu yang terhasil. Bagi ibu yang bekerja, teruskan mengepam susu ibu mengikut jadual yang biasa anda lakukan, Konsep ini menepati konsep demand and supply, semakin anda menyusukan anak, semakin banyak produksi susu yang terhasil
  • Amalkan pemakanan yang sihat - Ibu menyusukan perlu mengamalkan pemakanan yang sihat. Ketika bersahur, makan nasi dan pastikan pengambilan air mencukupi ketika bersahur. Air yang tak cukup akan menyebabkan tubuh mengalami dehidrasi dan menyebabkan tubuh semakin lemah dan ibu tidak larat berpuasa
  • Elakkan memberi susu formula - Jika ibu benar-benar bertekad menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya, elakkan daripada memberi anak susu formula. Susu formula akan hanya menyebabkan susu ibu semakin berkurang kerana kebergantungan ibu pada susu formula 
  • Puasa selang sehari - Ibu yang menyusukan dberi kelonggaran untuk tidak berpuasa ketika menyusukan jika benar-benar tak larat. Amalkan pengambilan makanan yang memberikan tenaga seperti kurma dan madu. Jika perlu, pengambilan suplemen amat digalakkan kerana suplemen membantu memberikan tenaga untuk ibu ketika ibu berpuasa
  • Yakin diri dan berazam untuk penuhkan penyusuan - Ibu itu sendiri harus yakin yang dia mampu menyusukan anak walaupun ketika berpuasa. 
  • Berdoa - Yakin dan sentiasa berdoa pada Allah bahawa susu ibu cukup untuk anak kita. 

  Bagi ibu menyusu yang inginkan suplemen ketika berpuasa, anda boleh cuba ESP untuk membekalkan anda tenaga ketika berpuasa. Selain itu, multivitamin Vitalea juga membantu ibu mendapatkan nutrisi yang tidak diperolehi dari makanan harian lain manakala Ostematrix iaitu pil kalsium sangat bagus untuk kesihatan tulang dan gigi ibu kerana kalsium yang ada pada badan ibu akan diserap oleh anak ketika mereka menyusu. Alfalfa pula membantu menghasilkan lebih banyak susu ibu walaupun ketika berpuasa. 

  Ingin lebih tips penyusuan dan kesihatan, boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut.


Salam Sayang,




**  These statement has not been evaluated by Food and Drug Administration.  These product are not intended to diagnose, treat, prevent or cure any disease. 





0 comments:

Post a Comment