Tips Mengajar Anak Berpuasa

Assalamualaikum..

  Memandangkan bulan puasa kurang sebulan lagi, pasti ramai ibubapa yang ingin melatih anak berpuasa khususnya bila anak mereka berpuasa buat kali yang pertama. Mungkin akan mengalami kesukaran untuk melatih anak-anak mula berpuasa, namun sebagai ibubapa, kita perlu melatih mereka berpuasa selama yang mereka mampu.



  Berikut adalah tips untuk mengajar anak berpuasa:

  1. Biarkan anak mencuba berpuasa bersama anda. Jangan paksa mereka berpuasa penuh jika mereka tak larat. Mulakan mengajar mereka untuk bangun sahur, makan bersama dan berpuasa bersama. Jika mereka hanya mampu berpuasa 2jam, jangan paksa. Beri pujian kepada mereka agar mereka sentiasa semangat untuk berpuasa
  2. Libatkan emosi mereka, contohnya memberi contoh-contoh tauladan betapa nikmatnya berpuasa atau besarnya pahala untuk orang berpuasa
  3. Beritahu anak tujuan kita berpuasa. Katakan kepada mereka bahawa puasa itu satu kewajipan untuk orang Islam dan dengan berpuasa kita dapat merasakan kesusahan orang lain yang kurang bernasib baik
  4. Sediakan makanan yang berkhasiat pada anak ketika bersahur, contohnya makanan atau lauk-lauk yang mereka gemari. Pastikan anak anda tidak skip sahur supaya mereka sentiasa bertenaga walaupun berpuasa. Ketika berbuka tanya mereka apa makanan yang mereka ingin makan dan masak makanan tersebut sebagai reward untuk mereka setelah seharian berpuasa
  5. Sentiasa beri semangat untuk mereka walaupun mereka tidak dapat berpuasa penuh. Layan mereka dengan penuh kasih sayang dan hargai usaha mereka untuk belajar berpuasa. Katakan kepada mereka anda bangga dan gembira melihat mereka berpuasa. Galakkan dan kata-kata semangat seperti ini akan menyebabkan mereka lebih ingin berpuasa.
  Melatih anak berpuasa adalah satu cabaran. Ibubapa kena banyakkan bersabar dan jangan terlalu memaksa anak. Pastikan ketika sahur anak mendapat khasiat makanan yang boleh membekalkan tenaga kepadanya sepanjang dia berpuasa. Penggambilan Meal Shakes dan Performance Drink juga dapat membantu anak berpuasa.





Salam Sayang,




**  These statement has not been evaluated by Food and Drug Administration.  These product are not intended to diagnose, treat, prevent or cure any disease. 




0 comments:

Post a Comment