Tips Diet Di Bulan Puasa

Assalamualaikum..

  Memandangkan bulan puasa tak lama lagi, pastinya ini adalah satu cabaran buat mereka yang berdiet. Ada yang berjaya menurunkan berat badan ketika berpuasa, ada pula yang berat badan makin bertambah dibulan puasa kerana 'over eat' ketika berbuka.



  Jadi macamana boleh mengekalkan diet yang kita dah amalkan walaupun ketika kita berpuasa agar kita tak mengambil makanan melebihi keperluan kalori harian

Plan Sahur
  • Jangan lupa untuk mengambil karbohidrat seperti nasi untuk membekalkan tenaga. Portion nasi adalah segenggam dan jika boleh ambil nasi yang mempunyai GI yang rendah seperti beras perang
  • Roti perang boleh menggantikan nasi jika anda kurang makan nasi pada waktu sahur. Ambil roti perang / wholemeal 2 keping dan sapu dengan tuna atau daging cincang
  • Anda juga boleh mengambil 1 mangkuk cereal berserat dan susu rendah lemak
  • Pastikan air sekurang-kurangnya 1 liter 
  • Elakkan pengambilan kafien ketika bersahur kerana kafien akan memaksa tubuh membuang air dengan banyak dan membuatkan anda cepat dahaga
  • Elak dan kurangkan pengambilan garam yang berlebihan kerana garam juga akan menyebabkan anda cepat dahaga
Plan Berbuka
  • Mulakan berbuka dengan kurma  / pisang / buah-buahan
  • Pilih segenggam sumber karbohidrat contohnya nasi, bihun, kentang, mee dan roti
  • Pilih sumber protien yang berkualiti seperti ayam, ikan, tofu daging dan lain-lain
  • Pilih sumber serat seperti sayur, kekacang dan buah-buahan
  • Last sekali baru makan kuih dan manisan
  Kebiasaannya kalori intake kita akan berlebihan ketika berbuka kerana kita lebih gemar makan kuih-kuih dan manisan ketika berbuka. Kuih mahupun air yang manis biasanya menyumbang dalam 200-500kcal bergantung pada jenis kuih yang kita ambil. Bayangkan lepas mengambil kuih kita makan lauk pauk yang lain pula, boleh agakkan berapa banyak kalori yang kita dah ambil? Sudah tentu lebih dari intake kalori harian kita.

  Jadi pada bulan puasa ini, jika anda ingin mengekalkan diet anda, buat pilihan yang bijak tentang menu makanan anda. Amalan melakukan senaman ringan selepas berbuka juga sangat membantu diet anda. Yang penting anda kena tahu jumlah kalori yang perlu anda ambil dan jumlah kalori yang anda telah ambil bagi mengelakkan anda over eat sekaligus menyebabkan kenaikan berat badan.


Salam Sayang,







0 comments:

Post a Comment