Selamat Hari Ibu

Assalamualaikum..

  Hari ni 8hb Mei merupakan hari ibu. Sebenarnya hari-hari adalah hari ibu cuma pada hari ini ia disambut serentak diseluruh dunia.

  Kebetulan waktu saya lihat aplikasi TimeShop di fb, teringat kisah saya dan Amna setahun yang lepas dimana kami sama2 ingin menuntut ilmu Shaklee di shaklee branch Pulau Pinang. Waktu tu kami sama-sama naik bas dari Taiping dan kemudian bertukar bas sekali lagi sampai sesat ke Shaklee Penang.



  Teringat betapa saya terpaksa mendukung Amna mencari pejabat Shaklee sampai saya hampir berputus asa kerana tak jumpa tempat yang kami cari. Namun, Allah maha mengasihani, Dia temukan kami dengan hamba yang sudi membantu kami. Kami berjaya juga menuntut ilmu pada hari tu..

  Apa pula kena mengena cerita saya ni dengan hari ibu kan? Sebenarnya, mana2 ibu didunia sekalipun akan sanggup melakukan apa saja demi merubah kehidupan anak2nya. Mana2 ibu didunia sekalipun akan sanggup bekorban masa dan tenaga untuk anak2nya. Sesukar mana pun dugaan yang datang, hati seorang ibu itu kental demi orang yang disayanginya.

  Tahniah buat semua ibu2 diluar sana yang berkorban masa, tenaga dan rela mengorbankan keinginan sendiri untuk anak dan keluarga tercinta. Setiap dari kita adalah ibu yang hebat. Moga kasih sayang dan cinta kita pada ibubapa, suami dan anak2 kekal hingga ke syurga.

Selamat Hari Ibu semua...

0 comments:

Post a Comment