Piloxing : Trend Senaman Masa Kini

Assalamualaikum..

  Kali pertama saya dengar perkataan piloxing adalah pada bulan lepas. Pada waktu tu saya takde lah nak ambil kisah sangat pasal piloxing ni memandangkan di Taiping sendiri piloxing ni tak begitu dihebahkan aktivitinya.



  Sehinggalah pada minggu lepas di adakan satu kelas piloxing sebagai pengenalan kepada mereka yang ingin mencuba piloxing. Since dah memang teringin nak tahu apa itu piloxing, so saya amik kesempatan ini untuk mencubanya.

Apa sebenarnya Piloxing??
  Diasaskan oleh jurulatih fitness Sweden, piloxing adalah gabungan pilates and boxing. Ia menggabungkan rutin tinju (boxing), dance dan standing pilates. Kesemua gabungan rutin ini membantu mewujudkan keseimbangan mental dan fizikal.

  Menurut pengasasnya juga, piloxing akan meningkatkan kecergasan kardio melalui senaman yang dilakukan secara berselang dan memfokuskan kepada kekuatan dalaman. Selain itu juga aktiviti ini dapat membakar lemak secara efisen melalui teknik dan pergerakan. Banyak gerakan piloxing ini memfokuskan pada bahagian lengan dan peha, jadi saya rasa untuk mereka yang ingin muscle toning and sculpting, piloxing adalah satu senaman yang sesuai untuk anda.



  Sejam menyertai kelas piloxing ini, saya rasa not bad juga. Berpeluh juga dibuatnya. Piloxing ni banyak memfokuskan bahagian lengan dan peha jadi ia amat membantu menyingkirkan lemak berlebihan dibawah lengan dan peha.

  Saya telah menyertai Zumba, Piloxing dan juga Figure Robics. Bagi saya ketiga-tiga jenis senaman ini sangat bagus untuk meningkatkan tahap kecergasan kardio dan juga body toning. Namun sejujurnya..saya lebih sukakan Zumba dance jika dibandingkan dengan Piloxing and Figure Robics. Mungkin sebab saya dah menyertai zumba sejak 3bulan lepas berbanding piloxing dan figure robics yang saya baru cuba sekali..hihi

  Apa pun pilihan senaman anda, ia terpulang pada tahap kecergasan dan kemampuan anda. Yang penting, anda perlu enjoy dan suka dengan senaman anda lakukan barulah anda dapat hasil yang memuaskan ;)


Salam Sayang

Nur Fatin




0 comments:

Post a Comment