My Eat Clean Menu

Assalamualaikum..

  Menyertai program Jom Sihat, kami diajar untuk Eat Clean bagi mengekalkan berat badan ideal dan juga bagi mengelakkan peratus lemak dalam badan semakin tinggi.

 Pada mula mengikuti program, susah juga sebenarnya nak adapt diri dengan menu2 ini..tapi lama kelamaan, diri da dapat sesuaikan dengan menu yang lebih sihat. Apa yang saya kongsikan disini cuma sedikit saja sebab jarang saya ambil gambar menu eat clean yang saya amalkan.


Sarapan



 Selain overnight oat, untuk sarapan saya suka makan roti wholemeal dengan telur atau tuna.

Snek



  Snek biasanya saya ambil sewaktu pagi dan petang. Kebiasaannya saya akan ambil buah seperti pisang, low fat yogurt atau krakers yang mempunyai kalori yang rendah.

Makan tengahari





  Memandangkan saya bekerja, jadi biasa makan tengahari saya agak memilih dengan menu hidangan saya. Biasa saya pilih ayam/ikan/daging bakar, sayur/ulam dan juga nasi segenggam. Bila dirumah saya suka lunch yang simple seperti wrap. Selain wrap saya suka juga buat salad untuk makan tengahari.

Makan malam



 Kebiasaanya untuk makan malam, saya jarang ambil makanan berat. Kadang sekadar buah ataupun salad.

  Bila saya under clean diet, tak bermaksud saya tak makan makanan lain. Saya still makan lauk atau menu biasa cuma saya kurangkan kuantitinya. Jika waktu tu saya makan unhealthy food contohnya fastfood atau makan banyak makanan yang berminyak, saya akan burn semula extra kalori yang saya ambil dengan workout.

  Susah tak nak eat clean? Ia terpulang pada diri sendiri.  Setiap perubahan memerlukan masa. InsyaAllah jika anda dah mula eat clean, anda akan terbiasa dengan menu ini.

Salam Sayang,





0 comments:

Post a Comment