Minuman Isotonik Biasa Vs Performance Drink Shaklee

Assalamualaikum..

  Dalam keadaan cuaca yang agak panas sekarang ni, alangkah segarnya anak tekak kan kalau dapat minum minuman isotonik? Banyak pilihan minuman isotonik yang terdapat dipasaran, jadi kita sebagai pengguna kena bijak memilih minuman yang manakah yang dapat memberi kesegaran kepada kita, dan dalam masa yang sama dapat menjaga kesihatan kita.


  Tahukah anda sebenarnya kebanyakkan minum isotonik dipasaran mempunyai kandungan gula yang tinggi. Selain daripada itu, terdapat juga minuman isotonik yang merupakan minuman berkarbonat yang sebenarnya tidak sesuai untuk kesihatan kita terutamanya jika diminum oleh kanak-kanak? Lantas? Apa pilihan yang kita ada?

  Performance Drink merupakan minuman isotonik dari Shaklee. Istimewanya Performance Drink, ia merupakan minuman tanpa karbonat dan kandungan gula dalam performance drink juga amat rendah jika dibandingkan dengan minuman isotonik yang lain. Sesuai dengan fungsinya sebagai minuman isotonik, ia dapat mengawal kehilangan bendalir dalam badan dengan cepat. Pengambilan performance drink terutamanya sewaktu musim panas, ketika bersukan atau ketika membuat aktiviti lasak akan mengurangkan masalah hidrasi tubuh.

  Jika dibandingkan Performance Drink dengan minuman isotonik biasa, banyak kelebihan Performance Drink ini. Antaranya
  • Bebas gas atau tidak berkarbonat
  • kurang gula (less sugar)
  • tidak mengandungi lemak
  • tidak mengandungi kolestrol
  • tidak mengandungi bahan tiruan, pewarna atau pengawet tambahan
  • dirumus khas dengan kandungan sodium, potasium dan karbohidrat yang mencukupi
  • mengandungi natrium yang rendah dan mempercepatkan kadar penyerapan cecair (eletrolit) dalam tubuh sekaligus
  • membantu mengatasi masalah dahaga
  • bersifat isotonik. Jumlah kepekatan karbohidtrat yang ada didalam performance drink adalah sama dengan darah kita. Ini memudahkan proses penyerapan sekaligus meningkatkan kadar gula didalam darah. Kesannya? Tubuh lebih bertenaga dan cergas
  Satu lagi keistimewaan Performance Drink Shaklee jika dibandingkan dengan minuman isotonik biasa, ia boleh diminum oleh semua orang termasuklah kanak-kanak yang berusia 2 tahun ke atas sehinggalah golongan tua. Malah wanita yang hamil dan menyusukan anak juga selamat untuk minum performance drink.





  Jadi jika anda peminat minuman isotonik, apa kata anda bertukar kepada Performance Drink sekarang? Performance Drink bukan sekadar minuma isotonik biasa, ia merupakan minuman isotonik yang dapat menjaga kesihatan kita juga.



Salam Sayang,




**  These statement has not been evaluated by Food and Drug Administration.  These product are not intended to diagnose, treat, prevent or cure any disease. 








0 comments:

Post a Comment