MealShakes Membantu Anak Demam

Assalamualaikum..

  Petang semalam ketika saya ambil Amna dari rumah pengasuh, nampak muka amna kemerahan,, bibir merah, mata berair. Bila pegang badan, rupanya demam. Bawak balik rumah cek suhu, suhu agak tinggi dalam 39 darjah celcius.

  Cepat-cepat buka baju dia, jerlum kepala dia dan bagi dia pcm. vitamin C chewable dan Nutriferon. Kebiasannya bila budak demam, badan memang akan lemah je sebab badan tak sihat. Amna pun macam tu semalam. Saya cuma risau jika dia takde selera makan takut badan dia makin lemah.


  Saya bancuh susu dengan Mealshakes sekali dalam botol. Minta amna habiskan. Alhamdulillah walaupun dalam keadaan demam, Amna masih lalu habiskan susu sebanyak 6oz. Sekurang-kurangnya saya tak risau perut dia kosong. Dalam pada tu, saya masih teruskan sponging badan amna untuk turunkan suhu badan.

  Dalam pada sponging tu, Amna request pula nak makan nasi dan sup. Sementara dia ada selera makan walaupun demam, sempat juga buat sup campak2..Hidangkan sup tu pada Amna sementara masih panas, memang tak sangka dia makan dengan selera. Habis jugalah sepinggan nasi kosong dengan sup yang saya buat tu.

  Alhamdulillah, walaupun masih demam, Amna masih berselera makan, masih aktif bercakap walaupun pergerakan tak seaktif yang selalu. Dia masih boleh main masak-masak dengan ummi, bercerita dengan ummi dan buat lawak dengan ummi walaupun dalam keadaan tak sihat.

  Saya akan terus amalkan pemberian suplemen pada Amna bukan saja ketika dia tak sihat, tetapi juga pada hari-hari biasa.

0 comments:

Post a Comment