Haid Lewat Selepas Bersalin..Perlukah Saya Risau???

Assalamualaikum..

  Ramai wanita akan mengalami masalah ini selepas mereka bersalin, iaitu haid menjadi tidak teratur atau pun datang lewat. Ada separuh dari wanita tidak mengalami haid sehingga 2 tahun lamanya. Pengalaman saya sendiri, haid saya hanya datang selepas 6bulan saya bersalin secara pembedahan.



  Sebenarnya, jika anda merupakan seorang ibu yang menyusukan anak secara eklusif, lewat datang haid merupakan satu perkara yang normal. Ini kerana ia dipengaruhi oleh hormon prolaktin yang tinggi dalam badan. Hormon ini yang akan mengganggu pengeluaran telur akibat perubahan hormon. Sebaliknya jika anda tidak kerap menyusu susu ibu atau lebih banyak minum susu formula, kebanyakan wanita akan mengalami haid pertama mereka selepas bersalin dengan lebih cepat.

  Bagi wanita yang ingin merancang kehamilan, penyusuan susu ibu adalah antara kaedah semulajadi untuk merancang keluarga. Namun kaedah merancang cara ini tidak 100% tepat kerana kita sendiri tidak pasti bila haid kita yang seterusnya akan datang. Kaedah perancangan keluarga ini dikenali sebagai LAM iaitu Lactational Amenorrhoea Method.

  LAM biasanya benar-benar efektif dalam merancang keluarga jika:

  • Bayi masih berumur kurang dari  6 bulan
  • Haid masih belum datang selepas bersalin
  • Penyusuan secara ekslusif tanpa susu formula
  • Bayi disusukan secara direct feeding iaitu melalui puting ibu
  Namun walaupun kaedah LAM ini boleh merancang keluarga, persoalannya selepas tempoh 6bulan, tiada jaminan tentang keberkesanan LAM. Ini sekaligus merisaukan ibu tentang kedatangan haid mereka yang tidak teratur. Jika ibu merancang untuk menjarakkan anak, risau anak mengandung sekali lagi kerana tidak dapat tarikh yang tepat bila haid seterusnya akan datang. Jadi sebagai langkah berjaga-jaga, kebanyakan ibu yang merancang keluarga akan dinasihatkan untuk mengambil pil perancang keluarga ataupun dinasihatkan untuk menggunakan kaedah perancangan keluarga yang lain.

Bagaimana mengatasi masalah haid tidak teratur selepas bersalin??

  Untuk mereka yang ingin mengembalikan kitaran haid ke normal, pengambilan GLA Kompleks Shaklee dapat membantu. GLA mampu menstabilkan hormon yang tidak stabil selepas bersalin. Namun perlu diingat juga ye, GLA juga membantu meningkatkan tahap kesuburan wanita, jadi apabila anda telah dapat kembali jadual haid anda, anda perlu peka pada tahap kesuburan anda jika anda benar-benar ingin merancang keluarga




  Ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai GLA, hubungi saya ye.


  Salam Sayang,

  Nur Fatin



0 comments:

Post a Comment