Cinch Shake, Protin Untuk Diet

Assalamualaikum..

  Bila kita mula berdiet, perkara penting yang perlu kita jaga adalah pemakanan kita. Perlu untuk kita tahu apa makanan yang kita ambil agar kita dapat mengira jumlah kalori makanan yang kita ambil agar tidak melebihi jumlah kalori yang perlu untuk berdiet. Sebab itu, pentingnya kita merancang jadual makan kita dengan baik bagi mengelakkan kita makan makanan yang tidak perlu.

  Satu jadual makan yang amat penting untuk mereka yang berdiet adalah sarapan pagi. Sarapan pagi sangat-sangat penting bagi memulakan aktiviti harian kita. Mulakan mengambil sarapan pagi yang berkhasiat seperti roti wholemeal, telur, bijirin dan oat untuk membekalkan tenaga. Namun untuk mereka yang terlalu sibuk, adakalanya sarapan pagi ini sentiasa ditinggalkan. Akibatnya sebelum waktu makan tengahari mereka akan cepat merasa makan dan memungkinkan mereka makan dengan lebih banyak ketika makan tengahari.



  Jadi apa cadangan terbaik untuk mengelakkan ini berlaku. Satu caranya adalah pengambilan minuman yang berprotin. Saya cadangkan pengambilan protin Cinch Shake daripada Shaklee. Cinch Shake didatangkan dalam perisa vanilla, coklat dan latte, sangat sesuai dijadikan meal replacement untuk mereka yang tidak sempat sarapan setiap hari. Satu hidangan cinch Shake mengandungi 190kalori. Ia masih sesuai diambil sebagai meal replacement untuk mengantikan sarapan pagi. Namun harus diingat ya, dah minum cinch, jangan lah pula makan sarapan pagi yang berat-berat. Nanti makin bertambah pula pengambilan kalori anda untuk sarapan pagi. Sebaiknya, amalkan pengambilan snek sihat in between breakfast and lunch untuk mengelakkan anda merasa lapar sebelum waktu lunch.

  Selain diambil pada waktu pagi, bagi mereka yang tidak makan malam, cinch shake juga boleh diminum menggantikan makan malam anda. Istimewanya cinch ini, memandangkan ia adalah protien, ia dapat membantu memperbaiki sel-sel yang rosak ketika kita tidur. Amalkan pengambilan cinch shake seawal 8malam dan elakkan mengambil makanan berat selepas pengambilan cinch shake.

  Kenapa saya syorkan Cinch Shake untuk mereka yang berdiet??
  • mempunyai protin yang membina otot iaitu asas untuk membakar lemak
  • protin membantu anda mengurangkan rasa lapar 
  • mengandungi indeks glisemik yang rendah yang dapat mengekalkan paras gula dalam badan secara normal
  • mengandungi fiber yang tinggi iaitu 6gram fiber bagi setiap sajian.
  Jadi, kenapa perlu skip meal jika anda boleh gantikan dengan cinch shake?? Ingin lebih tips dan konsultasi produk? Boleh terus whatsapp saya di 0193937880



Salam Sayang,




**  These statement has not been evaluated by Food and Drug Administration.  These product are not intended to diagnose, treat, prevent or cure any disease. 



0 comments:

Post a Comment