Buasir..Apa Punca Dan Cara Rawatannya

Assalamualaikum..


  Buasir atau dalam istilah perubatannya Hemoroid
adalah pembengkakkan pada vena yang terletak
dibahagian rektum dubur. Apabila vena ini membonjol keluar, ia sekaligus menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, sakit, pedih, gatal dan mungkin berdarah. Buasir juga dikaitkan dengan tekanan dalam saluran dubur

Apa punca berlakunya buasir?
  Kebiasaannya buasir dikaitkan dengan keadaan sembelit dan keadaan dimana seseorang meneran najis yang keras didalam saluran najis terlalu lama. Saluran najis ini akan membengkak akibat proses meneran tersebut. Ada juga sebab lain yang menyebabkan berlakunya buasir. Antaranya:

  • Sentiasa duduk
  • Meneran (ketika najis keras atau sembelit)
  • Cirit birit
  • Duduk mencangkung didalam tandas terlalu lama
  • Batuk yang teruk
  • Bersalin
  • Mengangkat benda berat
  Buasir juga dikaitkan dengan cara hidup khususnya pemakanan seseorang. Jadi anda boleh mencegah dan mengamalkan petua berikut bagi mengelakkan buasir
  • Jika pekerjaan anda memerlukan anda sentiasa duduk, sesekali anda perlu bangun dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5minit setiap jam bagi mengelakkan tekanan langsung dari rektum
  • Hembusan nafas keluar apabila anda ingin mengangkat sesuatu. Jangan tahan nafas anda
  • Dapatkan rawatan awal untuk mengawal batuk, cirit birit dan sembelit kerana buasir selalunya terjadi apabila masalah ini berpanjangan
  • Ketika ingin membuang air besar, elakkan meneran. Biar najis anda keluar dengan sendirinya tanpa proses meneran yang panjang
    Terdapat pelbagai cara untuk mengatasi masalah buasir ini. Cara yang biasa dilakukan adalah dengan menjalani pembedahan untuk membuang buasir tersebut khususnya apabila size buasir tersebut adalah besar.  Ada juga cara dengan menyapu krim untuk mengecutkan buasir tersebut.

Ikhtiar dengan Suplemen



Jika anda ingin ikhtiar merawat buasir anda dengan pengambilan suplemen, tiga suplemen ini boleh membantu anda.

  1. Ostematrix - mengurangkan masalah sembelit dan melancarkan pembuangan air besar serta memberi keselesaan kepada anda jika mengalami luka dibahagian dubur
  2. Omega - mengurangkan radang dan inflamasi akibat daripada pembengkakan bahagian otot akibat daripada buasir
  3. Zink Kompleks - membantu menyembuhkan luka buasir
  Tabiat harian serta pemakanan amat mempengaruhi buasir. Amalkan gaya hidup yang sihat dan pemakanan yang seimbang untuk mengelakkan buasir terjadi. Pastikan
  • Anda banyak minum air sekurang-kurangannya 1.5 - 3 litter sehari
  • Makan makanan seimbang. Banyakkan memakan makanan yang terserat tinggi, bijirin, buah-buahan dan sayur sayuran
  • Elakkan makan makanan yang boleh menyebabkan gangguan saluran najis seperti makan yang pedas dan berempah 

Testimoni 1

Testimoni 2

Testimoni 3

Testimoni 4

  Buasir adalah satu penyakit yang boleh dielakkan dari awal asalkan kita mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat. Jika anda mempunyai tanda-tanda buasir, sila berjumpa dengan doktor segera atau anda juga boleh mengambil set buasir ini untuk merawatnya.


Salam Sayang








**  These statement has not been evaluated by Food and Drug Administration.  These product are not intended to diagnose, treat, prevent or cure any disease.


0 comments:

Post a Comment