Berat Badan Yoyo? Kenapa Ia Berlaku

Assalamualaikum..

  Satu ketika dulu ketika saya masih kurang ilmu tentang diet ni, saya berdiet mengikut cara saya sendiri. Bagi saya ketika itu, jika nak turunkan berat badan, kita kena kawal kawal dan kawal pemakanan. Ada satu peringkat sebab terlalu obses nak turunkan berat badan, saya sanggup berlapar, hanya makan buah dan minum air semata-mata. And it actually works..berat badan turun dalam 2-3kg dalam tempoh 4hari.

  Tapi rasa gembira sebab berat turun tu tak lama. Tubuh perlukan karbohidrat sebagai bekalan tenaga. Selepas berdiet secara √©xtreme' selama 4hari, saya mula makan karbohidrat semula. Umpama orang yang dah lama tak makan karbohidrat, saya seolah-olah lupa dunia bila dapat makan nasi, roti, mee. Tanpa sedar, dalam tempoh sehari saja berat saya boleh naik sampai 2kg!! Frust?? Sedih? Itu dah tentu..penat berdiet, akhirnya naik balik.

  Saya mulakan semula diet yang salah, skip meal, skip karbohidrat, akhirnya berat saya tak turun pun. Makin naik adalah. Dari situ, saya dapat rasakan teknik diet saya ini salah? Berat badan saya naik secara mendadak dan turun secara mendadak. Sampai satu tahap saya dah frust, give up, dah tak mau dah berdiet. Nak redho je bila badan semakin berat.

  Namun persepsi saya tentang diet mula berubah apabila menubuhkan grup slim & fit di whatsapp. Selain itu, minda saya mula terbuka tentang diet apabila menyertai program Jom Sihat Taiping. Baru lah saya tahu bahawa diet ni is not about not eating. Diet is about eating well. Selama ni dalam berdiet saya tak pernah menitikberatkan proses detox. Rupa-rupanya jika anda ingin berdiet, anda perlu detox tubuh anda terlebih dulu barulah diet anda akan berjalan dengan lancar.

  Kenapa perlu detox?? Ok bayangkan ye, badan kita selama ni dipenuhi dengan lemak dan toksin. Lemak dibina untuk melindungi badan daripada ancaman toksin. Bila kita berdiet dan bersenam, yes..kita boleh singkirkan lemak yang ada. Tapi bagaimana dengan toksin?? Jika toksin meningkat apa akan terjadi? Lemak akan dibina semula untuk protect badan daripada toksin yang meningkat itu. Akhirnya, badan akan naik semula tanpa kita sedar. Maka berat badan yoyo akan berulang semula.

  Jadi bagaimana kita ingin mengelakkan berat badan kita umpama yoyo? Mudah saja. Jika anda ingin memulakan diet, detox tubuh anda terlebih dahulu. Singkirkan segala toksin yang berkumpul diusus anda sekian lama. Jika usus anda sihat, proses penyingkiran lemak juga berjalan dengan lancar. Jangan lupa, pemilihan pemakanan juga penting semasa berdiet. Jangan sesekali skip apa juga kelas makanan yang terdapat dalam piramid makanan.

  Akhir sekali, amalkan senaman secara konsisten sekurang-kurangnya 3kali seminggu. Senaman selain membantu membakar lemak, ia juga membantu meningkatkan stamina diri anda dan membuatkan tubuh anda lebih fit.

  So, katakan TIDAK pada berat badan YOYO dan katakan YA pada gaya hidup yang sihat.


Salam Sayang,




**  These statement has not been evaluated by Food and Drug Administration.  These product are not intended to diagnose, treat, prevent or cure any disease. 






0 comments:

Post a Comment