Berakhirnya Program Jom Sihat..Mampukah Cara Hidup Sihat Dikekalkan??

Assalamualaikum..

  Hari ni merupakan hari terakhir program Jom Sihat Ekstreme Taiping. Setelah mengikuti program Jom Sihat 3, Jom Sihat 4 dan Jom Sihat Ekstrem, saya mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada menyertai Jom Sihat Taiping 5.

  Diawal pembabitan Jom Sihat Taiping 3 dulu, saya sejujurnya ingin serius menurunkan berat badan. Bukan tak pernah cuba, tapi berada dikumpulan rakan-rakan yang mempunyai matlamat yang sama yakni menurunkan berat dan menjadi lebih sihat membuatkan semanagat saya semakin berkorbar-korbar untuk menurunkan berat badan. Sangat jauh bezanya menurunkan berat badan sendiri dan menurunkan berat badan dengan bimbingan dan sokongan coach dan rakan-rakan.


  Setelah 3 musim berlalu, saya belajar untuk mengenali apa makna diet yang betul, membelajari konsep pengambilan kalori yang betul dan menjalankan senaman yang betul mengikut keupayaan badan. Alhamdulillah semua ini membuahkan hasil apabila saya sendiri dapat mengawal cara pemakanan saya dengan betul. Lebih manis lagi, saya sentiasa mendapat sokongan semua rakan - rakan yang menyertai program Jom Sihat ini dalam grup whatsapp.

  Cabaran sebenar adalah adakah saya mampu untuk meneruskan gaya hidup sihat seperti yang saya pelajari sepanjang saya berada dalam program? Setelah 3 musim berlalu, alhamdulillah saya mampu mempraktikkan sepenuhnya ilmu kesihatan yang saya pelajari dan insyaAllah saya akan teruskan pemakanan dan gaya hidup sihat yang telah saya amalkan sepanjang menyertai program Jom Sihat Taiping.



  Kenapa saya tak teruskan perjuangan menurunkan berat di Jom Sihat Taiping 5? Bukan kerana saya telah mendapat berat badan ideal. Tetapi disini lah cabaran sebenar bermula. Bak kata coach saya, coach dan team leader cuma membantu, selebihnya adalah dari diri sendiri. Kita sendiri yang mencorakkan gaya hidup kita. Kita sendiri yang pilih samada ingin berubah atau kekal pada tempat yang lama. Segala ilmu yang saya perolehi akan saya praktikkan dan buktikan bahawa saya benar-benar serius dalam menjaga kesihatan dan menurunkan berat badan.

  InsyaAllah satu hari nanti saya akan kembali semua menyertai Jom Sihat Taiping. Jom Sihat Taiping sudah dekat dengan diri saya. Malah bila masa saya mengambil keputusan untuk berehat sebentar, terasa sedih dan pilu sebab tak dapat menyertai program ini. Maksudnya, Jom Sihat telah memberikan impak pada diri saya, kesihatan saya. Doakan juga agar saya istiqamah dalam mengamalkan gaya hidup sihat. Tq Jom Sihat Taiping. Program ini telah merubah hidup saya..

Salam Sayang,

Nur Fatin

0 comments:

Post a Comment