11 Tips Untuk Bersalin Normal

Assalamualaikum..

 Kehamilan dan kelahiran adalah satu saat terindah bagi seorang yang bergelar ibu. Setelah mengandung selama 9bulan 10hari, pastinya kelahiran bayi adalah saat yang dinantikan, dan seboleh-bolehnya ramai dikalangan ibu ingin bersalin secara normal. Saya ada terbaca beberapa tips yang boleh diamalkan semasa kehamilan agar mudah untuk bersalin normal. Namun ini cuma tips semata-mata, samada tips ini berkesan atau tidak, semuanya adalah kuasa Allah swt.




Tips Untuk Bersalin Secara Normal

1. Kurangkan pengambilan karbohidrat dan pantau kenaikan badan semasa hamil. . Kenaikan badan secara keterlaluan dikaitkan dengan bayi obes dan kelahiran bayi yang obes cenderung menjadikan kelahiran anda kearah czer.

2. Lengkapkan pengetahuan anda mengenai kelahiran, dan hadiri kelas antenatal supaya anda lebih tahu tentang proses kelahiran

3. Terokai cara-cara mengurangkan sakit bersalin seperti teknik pernafasan semasa bersalin

4. Sekiranya bayi berkedudukan songsang, tanya doktor anda tentang pilihan untuk pusingkan kedudukan bayi melalui kaedah ECV (external cephalic version)

5. Elakkan proses induce semasa kelahiran melainkan atas sebab tertentu

6. Jika terasa sakit, jangan tergesa-gesa ke hospital kerana kemungkinan ia hanyalah false alarm, tetapi jika kesakitan makin kerap atau sudah terdapat tanda bersalin, hendaklah segera ke hospital.

7. Elakkan menggunakan epidural. Epidural meningkatkan risiko CTG yang tidak normal dan seterusnya menjurus kearah kelahiran czer

8. Elak menggunakan CTG secara berterusan kerana kajian mendapati CTG meningkatkan risiko czer sebanyak 30%

9. Bergerak dengan aktif dan bertukar posisi. Jangan baring dan duduk diawal proses bersalin

10. Elakkan menggunakan sebarang ubat yang menguatkan kontraksi rahim

11. Teroka pilihan samada vacum atau forceps jika anda mengalami masalah keletihan bersalin tahap 2 (2nd stage labour)

  Penting untuk anda memahami gerak balas bayi dalam kandungan anda agar anda dapat bersedia menghadapi kelahiran bayi. Semangat dari suami dan kaum keluarga sangat penting terutamanya ketika proses kelahiran. Banyakkan berdoa dan jangan lupa makan makanan yang berkhasiat agar anda sentiasa bersedia untuk kehaliran yang tidak terjangka.


Salam Sayang,





0 comments:

Post a Comment