Assalamualaikum..
Pada 17hb April yang lepas, berakhirnya program Jom Sihat 4 Taiping. Tak sangka cepat betul 5 minggu berlalu. Terasa macam baru je join Jom Sihat 4, tengok-tengok dah fnal dah. Masa final ni, adalah masa yang ditunggu-tunggu oleh semua peserta kerana ini adalah hari terakhiri sesi menimbang setelah bekerja keras selama 5 minggu menurunkan berat badan dan disiplin dalam berdiet. Ini juga adalah masa untuk semua peserta menikmati "CHEAT DAY"dimana kami boleh menikmati semua makanan yang 'dilarang' untuk di ambil semasa program.
Finale JS4 kali ni group Jom Sihat Taiping bergabung dengan group Jom Sihat ADTEC. Suasana sangat meriah dan masing-masing umpama satu keluarga. InsyaAllah selepas finale Jom Sihat 4 Taiping, Jom Sihat Extreme akan menyusul pada hujung bulan ini. Can't wait for Jom Sihat Extreme.
 |
Tulang belakang Jom Sihat Taiping dan Jom Sihat Adtec
|
 |
Kumpulan Kebaboom..my group, my favourite group :P |
 |
Kumpulan Kick Fat, kumpulan terbaik Jom Sihat 4 |
 |
Kumpulan Kipidap |
 |
Kumpulan Fat Fighter |
 |
Penaung JS bersama JS Adtec |
 |
The JS Family :) |
InsyaAllah perjuangan untuk hidup dengan lebih sihat akan saya teruskan bersama keluarga Jom Sihat. Selepas Jom Sihat Extreme, penyertaan Jom Sihat akan dibuka kepada warga Taiping. Jika ada yang berminat menyertai Jom Sihat Taiping 5, boleh terus hubungi penaung Jom Sihat Taiping & Jom Sihat Ipoh di Fb beliau
Khairol Own atau
Nur Hidayah Hamid
Salam Sayang,
0 comments:
Post a comment