To The Best Father In The World..

Assalamuaikum..

  Hari ni 22 April 2016 genaplah 3 tahun pemergiaan mendiang ayah saya. Jujurnya, sehingga ke hari ini, saya masih tak percaya yang ayah telah pergi meninggalkan saya dan adik-adik yang lain. Kami adik beradik agak rapat dengan mendiang ayah, malah bila mana ada masalah pun orang yang kami cari dulu adalah ayah. Bukan tak rapat dengan mak, tapi dengan ayah ni, sikap tolenrasi dia lain sikit, senang nak bawa berbincang dan biasanya ayah akan sentiasa mengalah dengan keputusan kami..hehhe



  Masih teringat lagi kata-kata ayah bila masa saya mempunyai masalah, 'even you grown now,  you will always be my little girl, you will always be my daughter'. Sekalipun saya dan adik-adik ada membuat salah dalam hidup, ayah sentiasa ada bersama kami. Ayah sentiasa menasihati kami. Setiap kali kami melakukan kesilapan, ayah akan berkata 'don't cry on what have happen. There's nothing we can do..its in the past'. Kata-kata ini akan sentiasa berjaya menenangkan kami walaupun rasa bersalah tu masih ada kerana membuat kesilapan dalam hidup..

  Sehingga kini bila saya rasa sunyi, kenangan bersama ayah yang akan membuatkan saya gembira, Membuatkan saya tertawa. Rasa sangat terkilan kerana tak berbakti pada ayah. Rasa terkilan kerana tak sempat membahagikan ayah. Ayah sentiasa bekerja siang dan malam demi untuk kami. Apa pun yang kami ingini, ayah akan usahakan walau sesukar mana pun keadaannya. Apabila ayah pergi, kami adik beradik sangat terasa dengan kehilangannya. Malah walaupun 3 tahun sudah berlalu, sehingga kini kami sentiasa merasakan ayah sentiasa memerhatikan kami. 



  Daddy, I miss you so much..thank you for being such a wonderful father in my life. You are the only man in my life who doesn't hurt me. You will be my all time hero. Thank you for raising us the way we are right now. You will always be missed daddy..

  Thank you daddy for everything. I'm sure you are now living peacefully in God's hand. May you rest in peace and be proud for all of us..



  In Loving Memory of 
Winifredo Rosales
26 Januari 1959 - 22 April 2013



0 comments:

Post a Comment