Tips Membawa Anak Kecil Ketika Melancong

Assalamualaikum..

  Siapa yang tak gemar melancong. Sudah pastinya aktiviti ini adalah satu aktiviti yang dapat menenangkan minda setelah sibuk dengan aktiviti kerja disamping meredakan stres. Namun, jika anda membawa anak kecil, sudah tentunya anda memerlukan persediaan awal bagi memastikan anak anda dan anda sediri selesa disepanjang perjalanan tersebut



Tips 1
Rancang perjalanan anda samada anda ingin bertolak pada waktu pagi, tengahari ataupun malam. Sebaik-baiknya rancang perjalanan pads keadaan cuaca yang tidak terlalu panas untuk keselesaan anda dan anak anda.

Tips 2
Jika anda merancang menaiki kapal terbang atau keretapi khususnya untuk perjalanan yang jauh, beri peluang untuk anak anda duduk dibahagian cermin kapal terbang bagi menarik perhatiannya jika dia mula bosan. Jika anda menaiki kereta pula, pastikan anak anda duduk di carseat dan anda menemani mereka

Tips 3
Sediakan juga snek atau alat permainan untuk anak anda agar mereka tidak bosan. Anda boleh menyediakan snek yang sihat seperti buah-buahan atau muffin untuk anak anda. Permainan juga dapat membantu menarik perhatian anak anda jika mereka bosan

Tips 4
Sediakan kelengkapan anak yang cukup seperti baju, lampin pakai buang, susu dan sebagainya. Jika boleh dalam setiap aktiviti yang anda lakukan keperluan ini sentiasa ada. Jangan lupa juga membawa ubat-ubatan sekiranya berlaku kecemasan dan paling utama jaga KESELAMATAN anak anda


Tips 5
Sertai aktiviti bersama anak anda. Walau apa pun aktiviti yang anda lakukan, jangan lupa bersama-sama melakukan aktiviti tersebut. Selain merapatkan hubungan anda dengan anak, ia juga memupuk kasih sayang anda dengan anak.

Banyak lagi tips yang anda boleh fikirkan jetika melancong dengan anak. Yang penting, avoid being addicted to gadget ketika bercuti. Spend more quality time kerana masa anda bersama anak adalah masa yang tidak akan berulang lagi

Salam Sayang,

Nur Fatin

0 comments:

Post a Comment