Punca dan Cara Mengatasi Nafas dan Mulut Berbau

Assalamualaikum..

  Pasti ramai antara kita yang tak tahan dengan masalah nafas / mulut berbau kan? Silap haribulan takde siapa pun nak bercakap dengan kita jika masalah nafas berbau ini tidak diatasi. Bukan saja orang lain menjauhi kita, malah kita sendiri pun akan kurang keyakinan diri untuk tampil dihadapan orang.



Antara punca yang menyebabkan masalah mulut dan nafas berbau
  • kurang penjagaan kebersihan mulut seperti cara menggosok gigi yang tak betul 
  • kerosakan gigi
  • penyakit gusi
  • sisa makanan yang melekat dicelah gusi
  • gigi palsu yang tidak bersih
  • merokok
  • diabetes
  • masalah sistem penghadaman
Bagaimana mengatasi masalah ini secara semulajadi?
  • sentiasa bersihkan lidah setiap hari untuk menghilangkan masalah nafas berbau. Ketika anda menggosok gigi, pastikan anda juga menggosok lidah anda kerana lidah adalah punca masalah nafas berbau
  • mengunyah gula getah dapat membantu untuk meransang penghasilan air liur lebih banyak. Air liur dapat mengelakkan masalah nafas berbau
  • pastikan anda minum lebih banyak air juga dapat membantu menghilangkan bakteria 'jahat' yang menyebabkan masalah nafas berbau. Selain daripada itu, kajian juga menunjukkan dengan mengamalkan minum teh dapat membantu masalah nafas berbau kerana teh mengandungi poleypehnols. iaitu sejenis bahan yang dapat menyekat pertumbuhan bakteria punca nafas berbau
  • pemakanan juga adalah satu faktor yang menyumbang kepada masalah nafas berbau. Mereka yang gemar mengambil makanan seperti bawang putih dan kopi juga berpotensi mempunyai masalah nafas berbau
  • ubat kumur sangat membantu menghilangkan 
  • ubat-ubatan sintetik juga mungkin boleh menyebabkan masalah nafas berbau.
  InsyaAllah pada entri seterusnya, saya akan kongsikan suplemen Shaklee yang dapat membantu mengatasi masalah nafas berbau ini.


Salam Sayang,




**  These statement has not been evaluated by Food and Drug Administration.  These product are not intended to diagnose, treat, prevent or cure any disease. 





0 comments:

Post a Comment