Kerap Letih dan Kurang Bertenaga? Vitamin Shaklee Dapat Membantu..

Assalamualaikum..

  Tak kira jika kita ni ibu bekerja atau suri rumah, memang rutin seharian sangat memenatkan. Tambahan lagi bila kita juga bekerja dan bergegas balik ke rumah, menguruskan hal rumahtangga dan anak, terasa macam dah habis tenaga dah untuk meneruskan tugasan harian. Jika anda yang jenis cepat letih dan kurang bertenaga, anda boleh amalkan tips ini.




  1. Pastikan anda mengambil sarapan yang berkhasiat pada waktu pagi. Jangan sesekali tinggalkan sarapan anda kerana sarapan merupakan pembekal tenaga harian anda
  2. Pastikan anda mendapat tidur yang cukup setiap hari. Kualiti tidur yang bagus membantu kita lebih fokus dan bertenaga setiap hari
  3. Kurangkan tekanan dan mengurus emosi dengan baik. 
  4. Banyakkan mengambil air kosong kerana kekurangan air dalam tubuh akan menyebabkan anda sentiasa letih dan kekeringan. 
  5. Kurangkan pengambilan gula kerana gula sebenarnya akan membuatkan anda jadi hyperaktif. Namun apabila anda menggunakan tenaga yang banyak, gula dalam tubuh akan semakin berkurang dan membuat anda semakin letih
  6. Pengambilan snak juga membantu dalam membekalkan tenaga. Snak yang sihat selain memberikan tenaga, ia juga membantu mengurangkan rasa lapar kita sementara menunggu waktu makan. 
  7. Pengambilan suplemen sangat penting khususnya bagi mereka yang sentiasa sibuk untuk makan makanan berkhasiat. Shaklee mempunyai set penambah tenaga iaitu:

ESP Shaklee
  • Non GMO soya protien yang sihat dan mampu menjana tenaga berterusan. Sifatnya yang rendah glisemik memberikan rasa kenyang yang lama dan memberikan tenaga
  • Pengambilan ESP Shaklee bersama buah-buahan khususnya kurma membantu memberikan tenaga sepanjang hari
Vitalea Iron Formula
  • Mengandungi 28 jenis mineral dan vitamin yang dirumus khas untuk memenuhi keperluan nutrien untuk orang dewasa
  • Vitalea juga mengandungi zat besi untuk pembentukan lebih banyak sel merah dalam badan dan ini membantu mengelakkan masalah anemia dan meningkatkan kandungan HB dalam darah
  • Vitalea juga mengandungi magnesium, kalsium, fosforus, vitamin C dan Vitamin D yang menyokong kesihatan tulang
  • Vitalea akan membantu meningkatkan tahap kesihatan jika diambil secara berterusan
B Kompleks
  • Merupakan vitamin anti stres yang membantu individu menjadi lebih tenang dengan kandungan 8 vitamin penting untuk keperluan harian
  • Vitamin B1, B2, B3, B6, Biotin dan asid pantotenik membantu menukarkan protien, lemak dan karbohidrat kepada tenaga manakala asid folik dan B12 membantu pembentukan sel darah merah dalam tubuh
  • Untuk membantu mengoptimumkan khasiat vitamin B, sangat disyorkan untuk diambil bersama vitamin C kerana vitamin C membantu penyerapan vitamin dengan lebih baik
    Ingin maklumat lanjut tentang set ini? Hubungi saya sekarang di 0193937880


Salam Sayang,




**  These statement has not been evaluated by Food and Drug Administration.  These product are not intended to diagnose, treat, prevent or cure any disease. 























0 comments:

Post a Comment