Kenapa Perlu Detox??

Assalamualaikum..

  Detoks adalah satu proses psikologi dan perubatan untuk mencuci toksik dalam tubuh badan manusia. Dalam istilah perubatan, ia bermakna proses mengeluarkan bendasing dalambadan yang boleh menyebabkan perubahan tidak baik yang berlaku pada tubuh seseorang. Dalam proses penurunan berat badan, detox membantu mengeluarkan toksin, dan memberikan khasiat dan nutrisi untuk tubuh dalam meningkatkan keupayaan tubuh untuk mengekalkan kesihatan.



Kenapa perlu detox?

1. Keluarkan toksin
Toksin termasuklah toksin bahan kimia, pengawet makanan dan pencemaran air dan udara. Toksin akan menyebabkan badan menjadi lemah, kulit menjadi tidak bermaya dan kusam

2. Mengelakkan penyakit kronik
Toksin dan pencemaran merupakan punca utama berlakunya berbagai penyakit seperti kanser, jantung dan strok. Proses detoksifikasi akan melancarkan semula sistem badan dan mengelakkan jangkitan kuman

3. Menguatkan sistem imum
Toksin dalam badan akan melemahkan sistem imun kita. Detoks akan memperbaiki semula tahap kekuatan sistem imun dan mengawal jangkitan

4. Mengurangkan berat badan
Toksin menyebabkan keupayaan untuk badan membakar lemak semakin lemah. Ini seterusnya menyebabkan berat badan mudah bertambah dan mula mengundang pelbagai penyakit seperti diabetes, jantung dan darah tinggi. Detoksifikasi membantu menyingkirkan toksin dalam sel lemak dan meningkatkan metabolisma tubuh

5. Melambatkan proses penuaan.
Detoksifikasi akan menghalang radikal bebas dan berbagai logam dan toksin dari merosakkan tubuh. Ia juga meningkatkan keupayaan tubuh badan untuk menyerap nutrien, antikoksida dan vitamin yang dapat membantu melawan oksidasi pada sel

6. Meningkatkan kualiti hidup
Persekitaran yang penuh toksin menyebabkan tubuh kita semakin stress. Detoksifikasi akan membantu mengurangkan tekanan pada tubuh dan juga menguatkan memori kita

7. Membaiki tahap kesihatan kulit
Detoksifikasi membantu menyerikan kulit, mengurangkan masalah jerawat disamping menguatkan kuku dan rambut

8. Menyihatkan minda dan emosi
Apabila sistem tubuh badan berjalan dengan lancar, perubahan emosi dan mental juga akan bertambah baik.

  Anda boleh memilih samada ingin detoks secara semulajadi ataupun dengan mengamalkan penggambilan suplemen. InsyaAllah saya akan kongsikan cara detoks secara semulajadi dan pengambilan suplemen pada entri akan datang.



Salam Sayang,



**  These statement has not been evaluated by Food and Drug Administration.  These product are not intended to diagnose, treat, prevent or cure any disease. 







0 comments:

Post a Comment