Kelebihan Bulan Rejab

Assalamualaikum..

  Cepat sungguh masa berlalu..sedar tak sedar, hati ini 9 April 2016 sudah memasuki 1 Rejab dalam bulan Islam. Maksudnya kita semakin hampir dengan bulan Ramadhan.


  Beberapa hadis Rasulullah saw yang menunjukkan kelebihan bulan rejab adalah seperti berikut:
  1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di akhirat
  2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya'ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan 
  3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra' Mi'rajnya, Sya'ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya
  4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi. Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya
  5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya 
  6. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semya kalam (perkataan)
  7. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minuman air dari syurga
  8. Puasa pada awal Rejab, pertengahan dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya
  9. Siapa yang bersedekah dalam.bulan Rejab, sepertinya bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.
  Alhamdulillah, banyak lagi keistimewaan bulan Rejab ini. Marilah kita sama-sana menggandakan pahala dibulan yang mulia ini.

Walahualam

0 comments:

Post a Comment