Gout : Punca dan Pencegahannya

Assalamualaikum..

  Gout merupakan salah satu penyakit yang melibatkan sendi. Kebiasaannya gout berlaku kerana akibat berlebihan asid urik dalam badan. Asid urik ini adalah bahan kumuhan dari sejenis protien yang dipanggil purin. Untuk orang normal, bahan kumuhan ini dibuang melalui urin tetapi untuk pesakit gout asid urik ini tidak dibuang dan berkumpul didalam sendi.



Tanda Gout

  • Kebiasaannya gout menyerang ibu jari kaki, atau tangan. Kadang kala gout juga menyerang lutut
  • Kawasan yang diserang gout biasanya menjadi merah, panas, bengkak dan sangat sakit
  • Serangan gout biasanya berlaku secara tiba-tiba 
  • Sakit gout mungkin berlarutan berhari-hari atau sekurang-kurangnya 1-2minggu untuk reda jika tidak dirawat
Komplikasi
  • Asid urik boleh berkumpul dibawah kulit dan akan membentuk benjolan
  • Dalam saluran air kencing, asid urik yang tak dikeluarkan akan membentuk batu karang
  • Penghidap gout juga sering menghidap penyakit atau masalah lain seperti kegemukan, darah tinggi, hiperlipidemia dan diabetes
Pencegahan Gout

Beberapa pencegahan boleh dilakukan untuk mengelakkan serangan gout. Antaranya:
  1. Pemakanan - Elakkan makan organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak. Makanan seperti ikan bilis, kembung, sardin dan daging juga boleh menyebabkan gout attack. Makanan laut seperti kerang, udang dan ketam.
  2. Apabila serangan gout berlaku, rehatkan sendi seketika
  3. Sentiasa peka terhadap terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan awal, penyakit ini tidak akan melarat
  4. Obesiti juga boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan. Amat penting untuk pesakit gout menjaga berat badan
  5. Elakkan minuman keras
  6. Amalkan cara hidup yang sihat 
  7. Sentiasa minum air yang banyak
  8. Jika kesakitan gout tidak dapat ditampung, anda boleh mengambil pain killer mengikut arahan doktor
  Penyakit gout mungkin boleh diwarisi. Namun yang penting adalah amalan pemakanan kita dan juga gaya hidup. Jika anda ingin merawat dan mencegah gout melalui vitamin Shaklee, anda boleh klik ke link INI untuk melihat vitamin yang boleh membantu pesakit gout dan testimoni pesakit gout.



Salam Sayang,



**  These statement has not been evaluated by Food and Drug Administration.  These product are not intended to diagnose, treat, prevent or cure any disease. 




0 comments:

Post a Comment