Everyday Is A Blessing From Allah..

Assalamualaikum..

  Alhamdulillah..syukur pada Allah swt..hari ini genap 38tahun saya bernafas di bumi Allah. Syukur alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah berikan pada diri saya.

  Banyak lagi impian dan harapan yang belum saya kecapi di usia 38 tahun ini. Masih jauh lagi perjalanan saya untuk mendalami ilmu Allah, menjadi seorang muslimah yang dapat menjadi contoh dan tauladan kepada anak syurga saya. Saya masih lagi belajar untuk menjadi ummi yang terbaik, masih belajar untuk menjadi anak yang taat pada orang tua, kakak yang boleh diharap oleh adik-adik dan rakan yang boleh diharap dikala kawan lain memerlukan.


  Saya bersyukur atas segala dugaan yang telah saya lalui, semua mematangkan saya agar saya lebih redha dan sabar dalam mengharungi dugaan hidup. Allah tidak akan menguji hambaNya diluar kemampuan hambanya itu, dan saya yakin, setiap apa yang Allah berikan pada saya, memang telah ditulis dalam takdir saya dan segala dugaan yang datang adalah ujian bagi Allah untuk saya lebih dekat padaNya..
kekuatanku, ketenanganku.

  Syukur dikelilingi dengan insan-insan yang menyayangi diri saya. Saya ingin menjadi insan yang lebih baik dari sebelum ini, ingin menjadi seorang ummi yang dapat mendidik anak syurga saya menjadi anak yang soleh dan solehah. Ingin menjadi insan yang terbaik dikalangan mereka yang menyayangi diri saya.

Jom Sihat Taiping :)

  Terima kasih atas segala doa dan sokongan pada anda yang telah bersama saya selama ini. Menyokong bisnes Shaklee saya, menyokong aktiviti saya, mengingati saya dan menegur saya disaat saya jatuh tersungkur. Moga Allah sentiasa merahmati anda semua, dan moga doa yang baik-baik yang anda berikan pada saya kembali pada anda juga..Amin


Salam Sayang..




0 comments:

Post a Comment