Eat Clean..Cara Penurunan Berat Badan Secara Sihat

Assalamualaikum..

  Nak turunkan berat badan secara sihat dan secara semulajadi bukan satu perkara yang mudah. There is no short cut jika kita ingin turunkan berat badan secara sihat. Namun, jika anda benar-benar tekad untuk menurunkan berat badan secara sihat,, anda perlu disiplin pada perkara ini 70% - 80% pemakanan dan 20% - 30% senaman. Bagi pengamal suplemen sepert saya saya mempratikkan penurunan berat badan memerlukan 70% makanan, 20% senaman dan 10% lagi pengambilan suplemen kerana suplemen membantu kita untuk boost up metabolisma dan energy level.




  Bila tengok pada peratus pembahagian penurunan berat badan, 70% - 80% adalah melalui pemakanan. Rahsia kebanyakan mereka yang dapat menurunkan berat badan tanpa secara produk dengan konsisten adalah dengan menjaga pemakanan harian mereka. Kebanyakannya akan mengamalkan clean diet  dimana mereka akan try to avoid or taking less SOS ( Sugar, Oil, Salt). Bagaimana hendak mengamalkan clean diet? Mungkin info ini boleh membantu

1. Pilih bijiran makanan yang penuh (Whole)
Kebiasaannya bijirin atau makanan yang whole ini mengandungi serat dan bijirin yang sihat berbanding makanan yang ditapis. Makanan yang berasaskan whole ini akan membuatkan kita lebih cepat rasa kenyang berbanding makanan yang ditapis. Sebab itu dikalangan orang yang berdiet, mereka lebih suka mengambil wholemeal bread ataupun beras perang untuk keperluan diet harian mereka




2. Elak atau kurangkan pengambilan makanan diproses
Kebanyakan makanan yang telah diproses tidak lagi segar kerana ia mengandungi kandungan garam, gula, malah bahan tambahan yang lain yang tidak elok untuk kesihatan. Amalkan mengambil makanan yang semulajadi dan dimasak dengan cara sihat berbanding makanan yang diproses

3. Pastikan portion / pembahagian kelas makanan kita betul
Seringkali kita akan terfikir yang kita perlu mengambil lebih banyak karbohidrat berbanding dengan kelas makanan yang lain. Ini betul tetapi kita perlu tahu berapa banyak nasi yang kita ambil dan adakah ia seimbang dengan pengambilan protien dan juga serat yang lain. Sebaik-baiknya, ambil 1/4 pinggan nasi, 1/4 pinggan protien, sementara 1/2 pinggan adalah serat, sayur-sayuran dan buah-buahan. Pastikan juga protien yang diambil dimasak dengan cara yang sihat seperti bakar ataupun stim. Jika mengambil protien / lauk yang berminyak, hadkan pengambilannya.



4. Berhenti mengambilan minuman yang bergula
Yang ni memang agak sukar untuk dilakukan terutamanya jika seumur hidup kita pun kita memang suka minum minuman bergula. Saya sendiri pun mengalami kesukaran untuk mengelakkan minuman bergula. Namun jika anda lihat gambarajah ini, mungkin anda akan berfikir sekali lagi untuk mengambil minuman bergula.


5. Minum air kosong 2-6 liter sehari
Air kosong memainkan peranan penting dalam mengerakkan metabolisma tubuh. Sebab itu ada sesetengah orang, walaupun menjalankan senaman dan menjaga pemakanan, berat badan akan turun dengan sangat perlahan atau statik akibat dari kekurangan air dalam badan. Pengambilan air yang banyak juga membantu kita mengawal nafsu makan

6. Aktifkan diri dengan aktiviti yang mengeluarkan peluh
Sebenarnya ini paling senang dilakukan. Tak semestinya kita perlu berjogging, hadiri kelas aerobik, zumba atau sebagainya untuk berpeluh. Melakukan aktiviti harian dirumah malah berjalan dengan cepat juga membantu kita berpeluh. 

7. Makan dengan perlahan
Jangan makan dengan tergesa-gesa. Makan dengan perlahan dan nikmati makanan kita. Makan dengan perlahan akan mengelakkan kita dari overeating..

8. Ambil lemak yang sihat
Ada ke lemak yang sihat? Sebenarnya ada je lemak yang sihat untuk diambil. Contohnya lemak dari minyak zaitun, minyak bunga matahari adalah contoh lemak yang sihat. Jika anda mengambil majerin, bertukarlah kepada unsalted butter untuk pilihan lemak yang lebih sihat.

Gaya hidup masa kini banyak cabarannya pada tahap kesihatan kita. Mungkin kita tak merasainya sekarang, tetapi bayangkan kesannya dalam tempoh 5-10 tahun akan datang. Jika kita tak amalkan gaya pemakanan yang sihat hari ini? Bila lagi??? Mungkin video ini dapat memberi kesedaran pada kita semua betapa pemakanan ini boleh mempengaruhi hidup kita pada masa akan datang.





Salam Sayang,




**  These statement has not been evaluated by Food and Drug Administration.  These product are not intended to diagnose, treat, prevent or cure any disease. 






0 comments:

Post a Comment