Cheat Day Ketika Berdiet

Assalamualaikum..

  Pernah tak dengar istilah CHEAT DAY? Dikalangan mereka yang berdiet, cheat day adalah antara hari yang ditunggu2..dan dalam masa yang sama hari yang menakutkan sebab takut 'terlebih cheat'



  Cheat day ialah hari untuk anda berehat sebentar dari berdiet dan just enjoy the food. Kenapa perlunya cheat day ketika berdiet? Bagi saya kalau nak berdiet kita kena gembira dengan diet kita. Ada masanya apabila kita terlalu lama berdiet, perlu kita cheat agar kita tak bosan dengan rutin diet yang

Kebaikan Cheat Day

1) Membantu mengawal rasa keinginan terhadap makanan kegemaran anda.

2) Mengurangkan tekanan terhadap program diet yang sedang anda ikuti.

3) Lebih praktikal untuk jangkamasa panjang. Contohnya ketika berdiet anda teringin makan ayam goreng, boleh la makan ayam goreng ketika cheat day untuk menghilangkan keinginan anda pada ayam goreng

4) Meningkatkan tenaga anda. (Diet yang strict boleh menjadikan badan anda letih dan lesu).

5) Secara psikologinya akan menjadikan anda lebih rajin untuk kembali bersenam dihari berikutnya.

Bilakah masa sesuai untuk Cheat Day?

1) Jangan buat CHEAT DAY semasa hari di mana anda hanya duduk bersantai dirumah. Bersantai dirumah mungkin boleh menyebabkan anda 'terlebih cheat'

2) Lakukan CHEAT DAY semasa keluar bershopping, jalan2 bersama family kerana semasa ini anda menggunakan tenaga untuk berjalan. So makanan yang dimakan tadi akan digunakan sebagai tenaga. Namun, hati-hati memilih makanan ketika cheat.

3) Jangan makan besar 5-6 kali semasa cheat day. Makan besar SEKALI SAHAJA semasa dan nikmatilah ia sepuas2 nya sebagai reward anda berdiet pada hari2 sebelumnya.

4) CHEAT DAY boleh dilakukan seminggu sekali.



  Berdiet perlu dilakukan dengan senang hati. Stres hanya akan menyebabkan diet anda terganggu dan penurunan berat juga terganggu. Sentiasa ingat bahawa cheat day bukan bermaksud anda makan sepuasnya, cheat day bermaksud anda makan makanan yang anda tidak nikmati semasa berdiet tetapi dalam kadar yang terkawal.

Salam Sayang,

0 comments:

Post a Comment