Cara Menurunkan Berat Badan Dengan Cepat Secara Semulajadi

Assalamualaikum..

  Siapa antara pembaca blog ni yang kata nak turunkan berat badan itu senang??? Hakikatnya bagi saya, nak turunkan berat badan tu sangat susah. Memang kena kerja sekeras-kerasnya jika nak turunkan berat badan. Ilmu pun kena ada supaya kita tahu cara yang mana paling sesuai untuk kita menurunkan berat badan.



  Bagi anda yang inginkan tips menurunkan berat badan dengan cepat, mungkin tips ini dapat membantu anda:

1. Bina otot badan
Otot sebenarnya membantu tubuh untuk membakar kalori dengan lebih cepat. Amalkan jenis senaman  yang berunsurkan lift weighing sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Penggunaan dumbel pun sudah cukup sebenarnya jika anda ingin melakukan aktiviti lift weighting. Buat latihan dumbel sekurang-kurangnya 1jam - 2 jam sehari, 3 kali seminggu bagi menghasilkan otot pada lengan.

2. Elakkan minuman yang manis 
Minuman berkordial, berkarbonan ataupun minuman segera yang banyak dijual banyak mengandungi gula didalamnya. Gula ini akan tersimpan di dalam badan, dan mengakibatkan lemak lebih cepat terbentuk jika gula tidak ditukar sebagai tenaga

3. Makan real food
Sekarang ni banyak sangat makanan instant yang dijual dipasaran. Contoh macam mee segera, roti segera, kuih segera. Kesemua makanan ini sebenarnya makanan yang telah diproses dan telah dicampur dengan banyak bahan perasa yang tidak sihat. Jika anda benar-benar serius ingin menurunkan berat badan dengan cepat, elakkan makanan proses dan amalkan makan real food

4. Lebihkan protien dan sayuran
Ini adalah asas makanan dalam penurunan berat badan. Namun jika anda yang aktif bersukan, jangan lupa untuk sertakan karbohidrat juga dalam pemakanan harian anda. Seperti biasa, jauhkan makanan yang berlemak dan berminyak. Sebaiknya makan makanan yang dibakar atau direbus

5. Tidur yang cukup
Kualiti tidur yang cukup sangat membantu dalam menurunkan berat badan. Jika anda tidur sekurang-kurangnya 6-8jam sehari, ia dapat membakar sekurang-kurangnya 300 - 500 kcal. Selain itu, tidur yang cukup juga membuatkan badan anda lebih segar ketika anda bangun

6.  Minum air sebelum makan
Jika anda rasa anda cenderung untuk makan banyak, amalkan minum air masak yang banyak 30minit sebelum anda mengambil makanan berat anda. Air akan membantu anda untuk cepat berasa kenyang dan anda akan makan dalam kuantiti yang sedikit saja

7. Kopi dan Teh
Kopi dan teh adalah antara minuman yang dapat membantu menurunkan berat badan. Kedua-dua minuman ini mampu meningkatkan metalbolisme tubuh dan membantu membakar lemak dengan lebih cepat. Namun ingat ye, kopi yang dibenarkan adalah kopi kosong dan teh yang dibenarkan adalah teh hijau atau teh kosong saja.

8. Pengiraan kalori
Dalam diet saya sendiri, saya lebih suka mengira kalori makanan daripada menyekat apa yang saya nak makan. Perlu kita tahu keperluan kalori tubuh kita sebelum kita mengira kalori pemakanan kita. Untuk mengira keperluan kalori, boleh rujuk ENTRI ni ye.

9. Gaya Hidup yang sihat
Apa-apa aktiviti yang kita lakukan, gaya hidup yang sihat merupakan perkara yang paling penting dalam menurunkan berat badan. Makan makanan yang sihat, buat aktiviti riadah sekurang-kurangnya 30minit 3kali seminggu.




  Nak turunkan berat, perlu ada semangat yang kental untuk berjaya sebab godaan persekitaran sangat kuat terutamanya jika melibatkan godaan makanan. Bukan tak boleh makan, tetapi setiap pemakanan ada portion sendiri untuk mendapatkan khasiat pemakanan yang seimbang. Jika anda boleh kawal pemakanan anda, hidup dengan cara hidup yang sihat, insyaAllah anda boleh turunkan berat badan anda dengan cepat.


Salam Sayang,







0 comments:

Post a Comment