Cara Atasi Tantrum Anak

Assalamualaikum..

  Nak atasi anak mengamuk ni bukanlah satu pekara yang mudah. Lagi-lagi bila masa tu kita dalam keadaan nak cepat, nak pergi kerja atau nak buat something, masa tu jugalah anak mengamuk, memang sangatlah menduga kesabaran.

  Sindrom mengamuk atau dalam bahasa standardnya Tempered Tantrum adalah keadaan dimana keadaan dimana anak mengamuk dan menangis. Kebiasaannya bila keadaan ini berlaku anak-anak akan menjerit, menangis memberontak..fuhh..satu keadaan yang memang sangat-sangat kita elakkan. Namun, sampai bila pun nak elakkan? Ini adalah satu daripada proses pembesaran anak-anak. Kita sebagai orang dewasa yang perlu bijak menangani situasi ini.



Bagaimana mengatasi Tantrum?

Bertenang
Bila anak mula mengamuk, jangan lah kita mengamuk sama. Ye, saya paham, kita letih dengan tugasan harian kita, tapi jika kita marah,, silap haribulan, anak makin kuat mengamuk. Saya sendiri, ada masanya bila anak mengamuk, saya akan biarkan saja. Nanti bila dia da puas mengamuk, anak akan datang sendiri pada kita. Tapi kita kena sabar la..sabar mendengar tangisan dan jeritan anak

Cuba pujuk
Ni adalah tindakan normal yang kita lakukan. Sometimes, anak-anak ni tantrum sebab nak dapatkan attention kita. Kadang-kadang kita ni terlalu letih, nak release stres dan berehat sekejap, anak pun tak layan. Bila anak tengok kita tak layan dia, dia akan mula buat perangai untuk dapatkan attention kita. So, cuba pujuk and cakap elok-elok. Saya sendiri bila berhadapan dengan situasi ni, saya akan ckp Ámna..bagi ummi rehat dulu sekejap ye, jap lagi kita main." dan alhamdulillah anak faham bila kita terangkan secara tenang

Alihkan perhatian anak
Sometimes cara ni berkesan, sometimes tak. Depends pada bagaimana kita nak alihkan perhatian anak. Biasa kalau saya dirumah, bila anak mula tantrum, saya akan ajak anak buat perkara yang kami selalu buat bersama. Contohnya feeding the cat together, masak sama-sama or ajak anak buat aktiviti yang dia suka buat.

Reward system
Ada orang kata cara ini adalah cara rahsuah anak. Well, depends juga pada how we see the things. Contoh macam saya, bila anak mengamuk, saya akan cakap..ókay, kalau amna behave, ummi bagi apa yang amna nak makan or ummi bagi amna tengok kartun favourite amna". Sometimes saya akan bawa dia ke mall sebagai reward for behaving herself :)

Peluklah mereka
Pelukan adalah cara untuk menenangkan anak. Pelukan seorang ibu akan memberikan ketenangan pada anak. Bila masa anak mengamuk, cuba peluk mereka sekuatnya sehingga mereka sudah dapat mengawal emosi

Nasihat
Setiap hari memang kita akan nasihatkan anak kan..tapi bila anak tantrum ni, biarlah nasihat kita tu lebih tegas dan terkesan dihatinya. Saya selalu buat pendekatan psikologi pada anak bila nasihatkan dia. Contohnya 'Amna good girl kan..good girl tak boleh buat macamni. Good girl kena behave. Allah sayang pada anak-anak yang dengar cakap ibubapa'. Talk to them nicely..insyaAllah hati mereka sangat lembut untuk kita tawan :)

Tegas
Ada beza garang dan tegas. When something is not right, so just tell it is not right. Jangan kerana kita nak elak dari tantrum itu berterusan, kita membenarkan anak tantrum. Bagitau anak what they are doing is wrong and keep on telling them often supaya perkara tersebut tidak berulang

Biarkan
Bila semua kaedah da buat, and still anak tantrum, biarkan je la. Bagi anak puas menangis. Nanti mereka akan datang pada kita juga. Tapi hati kena kental. Bukan senang tau biar anak menangis sendiri. Saya pun at times bila semua kaedah diatas tak berjaya, saya biar je anak menangis. Nanti bila dia da cool down, pandai la dia cari kita..



  Mengatasi tantrum anak ni perlu ada kaedah dan pendekatannya. Umpama menarik rambut di tepung, rambut tak putus, tepung tak tumpah. Kanak-kanak emosi mereka sangat fragile, dan mudah cedera. Kena berhati-hati dengan apa yang kita cakap. Ingat, kata-kata kita terutamanya kita sebagai ibu adalah doa kita pada anak-anak dan doa seorang ibu itu tiada hijabnya. Moga-moga kita menjadi ibubapa yang sempurna dimata anak kita.


Salam Sayang,




0 comments:

Post a Comment