Tips Diet Ketika Bercuti

Assalamualaikum..

  Bagi mereka yang berdiet, adalah satu cabaran untuk anda berdiet ketika bercuti, apatah lagi jika percutian anda itu merupakan tempat yang dikenali sebagai 'heaven of food'. Lagipun dah nama bercuti ditempat orang, sudah tentu kita ingin merasa pelbagai jenis makanan yang kita tak pernah rasa ditempat sendiri kan? Jadi dah tentu ini akan menggugat iman kita sebagai orang yang tengah berdiet or jaga makan.



  Disini saya sertakan tips bagaimana anda boleh berdiet ketika bercuti.

1. Kenal pasti kalori makanan yang anda ambil
  Untuk orang yang berdiet, sudah tentulah mereka concern dengan pengambilan kalori makanan setiap hari, terutama sekali bagi mereka yang baru mula berdiet. Pengiraan pengambilan kalori makanan penting kerana ketika bercuti, kita mungkin kurang melakukan aktiviti senaman yang biasa kita lakukan pada hari-hari biasa. Less exercise but eat more food without controlling our food intake can lead to overeating. Jadi sentiasa ingat tentang jumlah pengambilan kalori makanan kita

2. Minum air kosong dengan banyak
  Pengambilan air kosong ketika bercuti bukan saja bagus untuk mengelakkan dehidrasi, terutamanya jika cuaca agak panas, malah ia juga dapat membantu kita menjaga diet kita. Sebelum makan, minum beberapa gelas air kosong terlebih dahulu. Ini akan membuatkan kita merasa kenyang dan akan kurang makan. Elakkan makan ketika kita terlalu lapar kerana ini akan mengakibatkan kita makan lebih dari sepatutnya.

3. Makan mengikut waktu makan
  Selain daripada 3 waktu makan, untuk mereka yang berdiet, penting untuk mereka makan 6 kali sehari. Waktu makan tersebut adalah sarapan pagi, snek pagi, makan tengahari, snek petang, makan malam dan supper. Satu idea yang bagus jika anda sentiasa membawa buah sebagai bekalan ketika percutian. Buah seperti epal hijau sangat bagus untuk mereka yang berdiet. Elakkan juga mengambil minuman yang manis pada setiap waktu makan.

4. Kurangkan saiz makanan anda
  Agak sukar juga kurangkan size makanan terutama sekali jika tempat percutian anda itu memang terkenal sebagai 'syurga makanan'. Pilih makanan yang sihat iaitu makanan yang kurang berminyak. Jika pilihan menu pada ketika itu majoriti adalah makanan yang berminyak, kurangkan pengambilannya. Ambil sekadar untuk alas perut agar anda tidak lapar. Takut bila lapar, nak bercuti atau bersiar-siar pun tak larat kan :)



5. Pemilihan pemakaian
  Pelik rasanya pemilihan pemakaian itu mempengaruhi diet. Tapi sebenarnya ia adalah benar. Jika anda memakai pakaian yang terlalu longgar, anda mungkin merasakan anda masih tak puas makan kerana pakaian anda masih longgar lagi. Berbeza jika anda memakai pakaian yang agak 'just nice', anda sudah tentu risau jika anda makan terlalu banyak, perut anda akan kelihatan buncit.

6.  Rancang pemakanan anda
  Penting untuk anda tahu apa menu yang anda ingin makan dan masa anda makan. Elakkan makan makanan yang tidak sihat dan elakkan dari minum air berkarbonat. Sentiasa bawa air mineral ketika anda bercuti dan pastikan anda makan mengikut masa yang ditetapkan.

  Nampak mudah kan tips diatas..tapi sebenarnya ia agak mencabar juga. Jadi pokok pangkalnya terpulang pada diri kita sendiri. Bayangkan lah kita dah penat berdiet selama ni dan kita ambil masa berbulan-bulan untuk turun berat badan, hanya kerana percutian selama beberapa hari je, berat badan kita kembali ke berat asal. Sudah tentu itu MIMPI NGERI!! So untuk anda yang berdiet dan ingin bercuti, good luck!!!



Salam Sayang,




0 comments:

Post a Comment